Isnin, 8 Ogos 2011

SUMPAH! AKU BENCI KAU!!-SINOPSIS


"Hey perempuan!!kau dengar sini eh!Kau memang tak layak pun minta kerja kat sini!!FAHAM???!!.Oh ye...untuk pengetahuan kau..aku pun tak penah hingginn..nak menikah dengan kau dulu!HUH!!So macamana sekarang??Seronokkk jadi BALU??!!"Begitu pedas sindiran Zeeyad Eshraff kali ini.Bibir merah merekah Zeeyad menghemburkan lava kemarahan di tepi telinga Audra Suraya.Bagai mahu tercabut cuping telinga Audra di sembur dek kata-kata Zeeyad padanya sebentar tadi.Perlahan-lahan pipi mereka bergesel dan Zeeyad merapatkan mukanya betul-betul pada hidung Audra.Audra kaku bersandar didinding bangunan dibilik pejabat Zeeyad.Tajam matanya merenung Audra.Ada kebencian yang sangat besar dari Zeeyad,mungkin jua ada dendam yang belum terlangsai dari Zeeyad buat Audra.Audra tetap mengiringkan mukanya ketepi.Namun Zeeyad sengaja jua masih berdiri rapat padanya.
Arghh!!mahu rabak rasanya hati Audra Suraya ditikam dek lidah yang tak bertulang itu.Mahu menangis Audra saat itu.Namun ditahan olehnya.
"Kau tak layak menghina aku sehina ini Zeeyad!!"Perlahan nada suara Audra.Dia menggagahkan dirinya menolak kuat dada bidang lelaki itu.Zeeyad tertolak sedikit kebelakang.Pun begitu, Zeeyad tetap kembali datang merapatinya.RIMAS!!Dada Audra terasa Sesak!!Nafas mula terasa tersekat-sekat.Jantungnya berdegup kuat seperti mahu meletup keluar dari paksinya.
"Kenapa??Ada bahagian mana-mana dalam tubuh badan U terasa sakit ke Cik Puan Audra??Hah??"Sindiran kali ini juga bisa merobek hati Audra.Zeeyad menjeling sambil menjonkitkan sedikit keningnya pada Audra.Audra hanya mampu tunduk.GERUN.Kelihatan helaan lega di dada Zeeyad dan mengukirkan senyuman sinis pada Audra lagipun sudah sekian lama dia menantikan saat bertemu semula dengan Audra untuk melepaskan kemarahannya dulu..kali ini Audra Suraya tetap membisu dan bergegas berlalu menuju kepintu keluar.Dia tidak berpaling lagi..padanya sudah tidak ada apa lagi yang mahu diperbetulkan.Dia teramat sedar semuanya berpunca dari salahnya.Diam!!Tetaplah dia membisu tanpa sepatah kata.Zeeyad dibiliknya dan mengharap Audra berpaling kearahnya dan datang kembali memarahinya.Zeeyad masih sudi,menanti apa jua jawapan yang bakal terkeluar dari mulut minah laser yang pernah dikenalinya sikit masa dulu..Namun begitu  Audra Suraya sudah berlalu dan tiada lagi bayangan Audra di situ.cuak menambah cerucuk duri didalam hati.Dia hanya mampu ber istigfar saja saat ini........kalau diikutkan amarahnya..mahu saja sebentar tadi dia bertukar menjadi sang harimau lapar melapah dan menyiat-nyiat  lidah dan kulit si Zeeyad yang tak pernah cuma menyelami hatinya yang kontang itu.Dia sudah hilang segalanya...keluarga,sahabat mahupun suami tersayang......Apakah Zeeyad masih tidak mahu mengerti!!Dia sedar dia sudah menderhaka pada ke dua ibu bapanya..salahnya itu juga telah merampas segala kebahagiaan hidup..benarlah kata orang perkahwinan tanpa restu orang tua pasti temui jalan penamat yang menyakitkan...
~Audra Suraya...bersabarlah...pasti kau temui cahaya hidupmu semula....bangkitlah dari kegagalanmu...jangan biarkan Zeeyad terus-terusan menyalahkanmu seorang!!~

Sabtu, 23 April 2011

SEPTEMBER MUSIM CINTA-BAB 26-akhir


           Selesai saja makan malam bersama ibu dan Alongnya,Siti bergegas masuk ke bilik.Cepat-cepat dia membuka semula surat tawaran kerjanya yang dihantar oleh postman pagi tadi.Dia melabuhkan tubuh kecilnya itu di katil.Lama ditenung surat itu.PENING.Agak terganggu fikirannya hari ini.Tidak sedikit pun dia menyangka permohonannya mengajar di Sabah itu diterima.
Sewaktu membuat permohonan itu dia dalam dilemma.Pulang ke kampung halaman dan terpaksa mengadap Ahmad pada waktu itu,hinggakan dia memohon untuk mengajar di tempat yang agak jauh dari Ahmad.Ingin sangat waktu itu dia berjauhan dengan lelaki yang pernah mengecewakannya itu.Namun kini segalanya berubah.Tarikh pernikahan semakin dekat,apatah lagi bakal berpisah dengan Ahmad apabila hanya seminggu mereka di ijab kabulkan nanti.Apakah dia sanggup meninggalkan Ahmad sekali lagi??
Puas dia berlegar-legar dalam biliknya,sekejap duduk sekejap bangun sekejap lagi dia duduk dan bangun mundar-mandir semula diruangan itu.
“Adoi…sakitnya kepala aku….”Bisik hatinya,sambil dipicit-picit kepalanya dan duduk semula.
            Disandarkan kepalanya dihujung katil.Dipejam matanya lama.Mahu menerima tawaran itu atau sebaliknya.
Dia bangkit semula dari katilnya dan berjalan menuju ke ruang tamu.Duduk didepan ruangan itu sambil memerhati barang-barang hantaran yang baru di belinya bersama Irma pagi tadi.Kukunya digigit-gigit.Fikirannya melayang-layang masih memikirkan tentang tawaran itu.
“Ti….kenapa dik?”Aliff menyoal.
“Tak de apa la Long…”Dia menghembus nafasnya yang ditarik dalam-dalam tadi.
“Eleh…tengok muka dah tau ada masalah nih…”Kata Aliff lagi.
“Penatlah….dah la..nak tido…”Siti bangun semula dari duduknya itu.Aliff hanya memerhati dan menggelengkan kepalanya.Diperhati sampai Siti menutupi pintu bilik.
“Hemm..nak kawin pun…macam takde mood je Siti nih…hemm…entahlah…”Aliff berbicara sendiri.
“Mak…Irma tak balik lagi ke?”Kedengaran Sayup-sayup suara Alongnya diruang tamu menyoal mak Nah.Siti kembali berbaring di ribaan katilnya.Dipicit-picit kepalanya yang makin sakit memikirkan tentang tawaran kerjanya itu.Dia cuba menghubungi Ahmad untuk mendapatkan pendapat,namun dimatikan niatnya itu.Dicuba sekali lagi mahu menekan butang telefon bimbitnya itu.Pun dia tetap mematikan hajatnya.Mahu juga dia mengdail nombor telefon Farina untuk mendapatkan pandangan namun dimatikan jua niatnya.BUNTU!
“Tukk.TUkk..”Pintu biliknya di ketuk.Siti bangun dan membuka pintu  itu.Irma pulang setelah keluar makan bersama buah hatinya,Nubhan.
“Amboi..longlainya adik akak…..apsal?”Tanya Irma yang sedang memerhati langkah adiknya itu.
“Tak de apa kak.,ngantuk je nih….apsal lambat sangat balik…?’’Siti menyoalnya pula.
“Akak singgah rumah kawan kejap…hantar kad jemputan…”Ujar Irma.
“ooooo..banyak lagi ke kad tu kak?”Siti menyoal lagi.
“Ada la sikit lagi..esok Siti pergi je la dengan Abang Ahmad eh..semua kawan-kawan akak dah dapat kad tuh…”Kata Irma.
“Alah..malas la nak jumpa dia kak….”Berkerut dahi Siti saat itu.
“elehh..alasann…banyak la pantang larang kau Siti..sampai tak mau jumpa Che Ahmad kesayangan awak tuh….”Irma menghampiri Siti dan mencubit pipinya.
“Apa nih….rosak kulit Siti tau..”Kata Siti smbl menggosok pipinya.
“Amboi..overnya….”Ujar Irma lagi.
“Pergi la mandi ..busuk!!”Kata Siti sambil menutup hidungnya.Irma senyum meleret.Faham diejek oleh adiknya itu.
“Ye la..nak mandi la nih….”Kata Irma sambil menyambar  tualanya di kerusi tepi dinding bilik mereka itu.
“Jangan lama sangat mandi kak..dah malam nih..bahaya...sejuk paru-paru tuh..”Sempat Siti memesan pada Irma.Kakaknya itu hanya mengukirkan senyuman dan berlalu.
Siti menyambar bantal peluknya,serba tidak kena memikirkan tentang tawaran kerjanya itu dan dia bangkit semula dari katilnya dan duduk bersimpuh dilantai menghadap katil.Ditundukkan kepalanya lalu diselak dibawah katil dan menyambar beg yang agak berdebu dibawah katil itu.Siti menarik beg itu keluar.Ditutup hidungnya yang hampir bersin dek debu-debu yang menyinggah diatas beg tersebut.Dibuka zip beg yang berwarna merah itu.Siti mencari buku alamat kawan-kawan sekolahnya yang masih ada dalam simpanan.Diraba-rabanya lalu dikeluarkan buku kecil berwarna coklat.
“Hah!jumpa pun….hemm..esok kenalah aku ajak si Farina kuar kejap..ish,…ada lagi yang tertinggal nak di jemput nih..ishhhh….”Diselak-selak Siti helaian kertas itu.Selesai membelek Siti bangun dari duduknya.Diangkat beg berwarna merah itu dan diraba-raba semula didalamnya kerana dirasakan dia perlu membasuh beg kesayangannya itu.Belum sempat dia menghempas beg itu kedalam bakul,tiba-tiba dia menyeluk sebuah kotak kecil.Dia mengambilnya.Lalu dibuka kotak itu.Ditarik nafasnya panjang-panjang….beberapa keping gambarnya bersama Dafi dibelek satu persatu.Lama ditenungnye.SEBAK.
“Dafi..maafkan aku……”Dicium gambar kenangan bersama Dafi itu.Dan ada genang dikelopak matanya.Biarpun ada sedikit penyesalan diatas apa yang berlaku,namun Siti akur dengan keputusan yang telah dibuat.
“Selamat Tinggal Dafi..aku berharap kau akan temui seseorang yang lebih baik dariku….selamat tinggal Dafi..”Diciumnya sekali lagi gambar Dafi ditangannya itu dan meletakkan semula gambar-gambar itu kedalam kotak tersebut. Siti mengalihkan kotak itu ditepi pahanya,diseluk kembali tangannya kedalam beg itu lalu sehelai selendang berwarna pelangi dicekup oleh tangannya.Siti mengambilnya,lama dipegang selendang itu.Ditarik nafasnya panjang.Tersenyum Siti sendiri di situ.Masih dia teringat selendang itulah yang menjadi pengganti diri Ahmad sewaktu Siti mahu berangkat ke Australia dulu.Dan selendang ini jugalah menjadi mangsa sakit hati Siti terhadap Ahmad yang mencurangi cintanya satu ketika dulu,lalu dicampakkan selendang itu didalam tong sampah,namun semalaman menangisi kerinduan yang sarat terhadap kekasih hati yang mencurangi cintanya itu,dia tetap berlembut hati mencapai semula selendang itu dari dalam tong sampah dibiliknya pada waktu itu.TIDAK SANGGUP membuang selendang pemberian Ahmad.Apatah lagi membuang begitu sahaja cinta yang sudah lama tumbuh dihati.Siti mencium dan menggosok-gosok selendang itu ke pipinya.
“Amboi ..berangan!”Irma muncul tiba-tiba.Siti tersentap.
“Ishh..terkejut Siti tau..apa la akak nih..”Cepat-cepat Siti bangun dari duduknya itu dan mencampak selendang itu kedalam bakul.
“hai…siapa yang bagi selendang tuh??siap duk gosok-gosok kat pipi….”Irma menjeling kearah adiknya itu.
“Tentu-tentulah Che Ahmad yang kasik…”Kata Siti sambil menjeling manja kearah Irma.
“iye…???cantikla..colourful….bila dia bagi?”Soal Irma seperti sangat teruja ingin tahu.
“Masa Siti nak ke Australia dulu..lama dah….”Jawab Siti.
“Hah??iye ke...biar betul Ti..akak tak faham nih....betul ke ??”Soal Irma yang masih terpinga-pinga dan bersungguh-sungguh ingin tahu.
“Tak paham sudah…oklah nak tido..nanti jangan lupa tutup lampu tau..”Siti buat-buat tidak endah dan terus berbaring dikatil dan menutup selimut mennyelubungi  seluruh tubuhnya.Irma yang masih terpinga-pinga terus menyambar telekung solatnya.Dia buntu.Namun dibiarkan rasa itu berlalu begitu sahaja walaupun sebentar tadi dia merasakan ingin benar tahu tentang pempeberian seledang itu.Irma terus menuju ke tempat solat ditepi katil sebelah kanannya.Namun Siti pula berangan entah kemana...........
           Malam itu sebelum Siti benar-benar terlelap,dia sempat mengimbau kembali kenangan indahnya sewaktu dia mula mencintai lelaki Bernama Ahmad.Cinta yang tumbuh itu tanpa disedarinya…memang sudah agak terlalu lama rasa itu tertanam di dalam lubuk hatinya.Mungkin kerna itu dia masih rela mencintai Ahmad walau pernah dilukai satu ketika dulu.
Semua itu sangat mententeramkan jiwa Siti biarpun sesekali rasa bersalahnya pada Dafi datang tanpa diundang pun begitu,dia tetap mampu menghembuskan nafas lega kerna dia bakal memiliki lelaki yang sudah sekian lama berumah dikampung hatinya..Dirasakan seolah-olah satu mimpi....namun itulah hakikat yang sangat-sangat perlu di syukurinya saat ini….
“Abang…..tak sabar rasanya nak kawinn…….arghhhhhh…gatalllnyaaa akuuu…”Dia menutup mukanya dengan bantal sambil tersengeh-sengeh sendiri dalam selimutnya itu.
“Ish..tidur-tidur la cik Siti oiii….dari tadi duk menggeliat dalam selimut apa hal…ada semut ke…?”Perli Irma padanya yang perasan dari tadi Siti agak gelisah untuk tidur.
“Lampu bernyala macamana nak tidur cik kak oi….cepat la tutup lampu…mengantuk dah nih..”kata Siti yang hampir tersentak dek usikkan kakaknya itu.
“Kejap la…akak nak kemas barang sikit nih…..pejam-pejamlah mata awak tuh…hah!!payah sangat berangan la peluk bantal tuh cam peluk cik abang awak…lagi senang nak lelap…”Usik Irma lagi.
“amboi….sedapnya dia cakap…cam biasa buat jerk….”Siti menyelak selimut yang menutupi mukanya itu.Dia senyum.
“PAP!”Irma membaling bantal betul-betul terkena pada muka Siti.
“Adoi!!Kasar la..akak nih..macamana la doktor Nubhan tuh leh berkenan ngan akak ek…kasar..abang Nubhan lak sopan,lembut........” belum sempat menghabiskan ayatnya Irma mencelah.
“eleh..mengata orang…..awak tuh….apa la kurangnya….sampai che Ahmad ada hati datang pinang??Isshhh..ni mesti pakai bomoh ni kan...ha ha ha ha..wellkkk...”Irma memandang Siti sambil menjelir.
“hahhahaha…akak jeles eh…”Soal Siti yang sudah pun menyelak selimutnya menampakkan muka.
“Apa kessss..akak nak jeles….dari dulu Abang Ahmad dah suka Siti…..dari kecik sampai la besar…..macam tak percaya jerk..dia betul-betul suka adik akak yang ala-ala jantan nih…ahhakkkk..”Irma ketawa sambil mencubit pipi Siti.Siti terpinga-pinga mendengar kata-kata dari Irma sebentar tadi.
“ Akak kata apa tadi??Tak paham la..”Soal Siti.
“Apa??”Tanya Irma.
“cuba ulang balik apa yang akak cakap tadi…tak paham ar….”Siti agak kabur dengan apa yang didengarinya sebentar tadi.
“Akak cakap apa Ti?”Irma menyoal kembali.
“ermm..Akak cakap Abang Ahmad suka Siti dari kecik?Biar benar Kak?!”Berkerut dahi Siti sambil bersila diatas katinya itu.
“Ye la…dari kecik lagi dia suka Siti kan..”Kata Irma.
“Ishh..takde la…akak ni memandai je la..”
“Iya..tak percaya???Tanya la Abang Ahmad…tak pun tanya mak…..”Irma tersenyum lebar sambil menuju kearah Siti.
“Tak mungkinlah..tak caya laa…”Siti menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Tak caya sudah..tapi kalau nak sahih lagi tanya Mak Num….”Irma bersungguh-sungguh cuba mengiakan kenyataannya itu.
“ish..kesitu pulak akak nih…takan la Siti nak tanya diorang…..ermm….tapi betul ke Abang suka Siti dari kecik kak???”Hatinya girang menyoal Irma sekali lagi.
“iya!!Kata mak,arwah ayah kita yang tanya Abang  Ahmad…nak kawin ngan akak ke ngan Siti…..pastu..abang Ahmad tunjukkan jari dia kat Siti…maknanya dia suka Siti la….”Irma menerangkan cerita saat mereka kecil dulu.
“Betul ke nih??”Siti makin teruja ingin tahu
“Ia….masa tuh Siti baby lagi la…..nampak sangat Abang Ahmad memang suka awak ni haaa…..”Kata Irma sambil menepuk telapak tangannya keatas dahi Siti.
“Adoi…kasarlah akak nih..”Siti menggosok-gosok dahinya yang agak sakit ditenyeh Irma.
“hemm..dah lah..tido..lewat dah nih……banyak hal lagi esok nak dibuat..tido..tido..pejam mata..dah..dah….Awak bangun tutup lampu ye..cik Siti…selamat malam….”Irma terus menyondol badannya kearah bantal empuknya itu.Siti tersenyum girang dan melompat turun dari katil dan dipadamkan lampu.Payah juga dia melelapkan matanya malam itu.Digigit-gigit kukunya hampir lunyai sambil tersenyum hinggakan membawanya dibuai mimpi yang indah~~~

7 BULAN KEMUDIAN......
Sudah 7 bulan menjalani hidup berumahtangga bersama insan tersayang itu.Sangat membahagiakan.Apa tidaknya..Segala kemelut yang tertebar dihati beberapa tahun kebelakangan ini akhirnya semakin berlalu dan diganti dengan kebahagiaan.
Siti kini bertugas sebagai guru di Kuala Lumpur,walaupun dulu dia telah mendapat surat tawaran ke Sabah.Namun demi kasih sayangnya pada suami dan keluarga,dia mengambil keputusan menolak tawaran itu dan memohon mengajar di Kuala Lumpur dan akhirnya permohonannya diterima.Biarpun agak berjauhan dari Ahmad,kasih yang dicurahkan tidak sedikit pun berkurangan.Ahmad selalu mengunjunginya di sana dan terkadang Siti pula yang pulang ke kampung menemui Ahmad dan keluarga.

"Sayang...awak balik lah dulu....dah comot muka tuh..."Kata Ahmad pada Siti.
"Takpe la...Siti nak tolong Abang kat sini dulu...nanti kita balik la sama-sama....."Kata Siti sambil tersenyum pada Ahmad.
"Siti balik la dulu..ari dah nak ujan nih..."Balas Ahmad pula.
"Alaaa...abang macamlah tak biasa....Siti kan dah biasa tolong abang kat kandang nih...cuti-cuti macam nih la..Siti boleh datang tolong abang......tak boleh ke..?"Soal Siti lagi.
"Bukan tak boleh sayang oiiii....awak tuh cuti tak banyak...nanti sakit-sakit badan sape yang susah....abangggggg...jugak yang kene picit-picit awak nanti...."Ahmad mencubit pipi isterinya itu.Siti tidak menepis tangan suaminya malah dimuncungkan mulutnya sambil dipejam matanya rapat.NAKAL!Ahmad tersenyum melihat wajah Siti yang agak comot selepas selesai bermain dengan anak kambing disitu.
"Alahai...dah reti bersungut sekarang nih eh....nampak sangat awak tuh tak sayang kita..."Siti memalingkan wajahnya kearah lain dan mulutnya masih memuncung kedepan,tangannya memeluk tubuh.Ahmad tersengeh dengan gelagat isterinya itu.Dia datang menghampiri Siti dan memaut bahu isterinya itu lalu di cium dahi sang isteri yang pura-pura merajuk.
"aik..dah merajuk??alahai..sensitifnya dia..."usik Ahmad.
"sorry...."bisik Ahmad pada telinganya sekali lagi.
"huh!BUSUK!!"Siti menental tangannya kemuka Ahmad.Ahmad agak terteleng dek sentuhan itu.Namun dia hanya tersenyum.
"Alahai..sensitifnya awak sekarang nih....ada apa-apa ke..??"Ahmad semakin mengusik Siti.
"ada apa-apa pulak??tak paham!"Siti menjeling memandang Ahmad.
"ye la...dah tak boleh bergurau..nak marah terusss......ke awak nih dah......."kata-kata Ahmad tersekat di situ.
"Apa?Ha..jangan nak mengada-ngada eh......saya tak mengandung pun lagi...'kata Siti.
"Abang tak cakap apa pun.....hehehheh..."Kata Ahmad.
"kenapa ?Dah nak baby sangat dah ke sekarang nih?'Soal Siti.
"Alahai..marah ke....abang tak kisah la......tapi kalau ada apa..apa salahnya...kalau tak de kita usaha lagi...kan..kan..."??Ahmad datang menghampiri Siti sekali lagi.Dia tahu Isterinya seolah-olah sudah seperti mahu merajuk.
"Apsal sensitif sangat nih..abang tak maksudkan apa-apa pun....."Sambung Ahmad lagi.
"Siti tau abang tak kisah sangat..tapi mak awak dah sound kita tau...."Tersekat disitu kata-katanya.Siti jadi sebak.
"Ala....Mak tak bermaksud apa-apa tuh....dia bergurau je kot....tak yah la amik hati....Abang tau mak abang orangnya macamana..abang rasa Siti pun tau mak abang sayang Siti lebih dari abang....takanlah mak nak kecikkan hati  Siti kot...."Ahmad memeluk bahu Siti sekali lagi dan masih setia memujuk hati isterinya.Siti hanya menjeling tajam memandang Ahmad.Ahmad tetap mengukirkan senyuman paling manis buat Siti pagi itu.Lama juga mereka berada di kandang kambing dan berehat dibawah pokok Kemboja yang rendang dan bergurau senda.Saat inilah mereka mengambil peluang meluangkan masa bersama.Ahmad yang juga sedang bercuti menemani isterinya dan sanggup mengambil cuti semata-mata mahu menemaninya di kampung.Dan kerana agak bosan hanya terperuk di rumah mereka mengambil keputusan menjengah kandang kambing yang sudah lama tidak dikunjungi.Apatah lagi membersihkan kandang seperti dulu bersama-sama.Sangat membahagiakan,kerana di situlah tertitiknya benih-benih cinta Siti pada Ahmad.Terlalu banyak kenangan terindah tercipta di situ.
~ ANGIN YANG BERTIUP SEPOI-SEPOI BAHASA ITU SANGAT MENYEGARKAN SEKUJUR TUBUH,SESEKALI SITI SANGAT RALID MENANTAP WAJAH AHMAD,BEGITU JUGALAH AHMAD TERHADAP SITI.AHMAD MERANGKUL JEMARI SITI.KEMAS!SEPERTI TIDAK MAHU DILEPASKAN.SESEKALI SAMA-SAMA MEMANDANG KE ARAH KOLAM ITIK.DAN MASING-MASING TERSENYUM SENDIRI.TERLALU BANYAK KENANGAN TERPALIT DI SITU.ADA SUKA DAN ADA DUKA.NAMUN SEMUA ITU JUALAH MENYATUKAN DUA HATI INI.......~~~
~~ABANG.....aku ingin sentiasa bahagia di sisimu.......dan aku berharap kasih ini ada penyambungnya....ZURIAT!
~~SITI...terima kasih menerima aku kembali......dan aku berharap sayang yang ada hari ini buat mu biarlah berkekalan selamanya.....SUMPAH!!
AHMAD-SITI:YA!ALLAH,TERIMA KASIH DIATAS SETIAP LIMPAHAN RAHMAT DAN RAHIM Mu....TERIMA KASIH....AMIN..

Jumaat, 15 April 2011

SEPTEMBER MUSIM CINTA-BAB 25

    “Sampai hati U…..sekarang baru U datang jumpa I…”Kata Siti sambil memeluk tubuh menghadap ke Laut China Selatan.Hatinya bertambah sakit bila bertemu Dafi,boleh pula lelaki itu pulang bertemunya sekarang.Walau sudah berkali-kali dipujuknya dulu.Tapi mengapa sekarang baru dia datang untuk cuba menjernihkan keadaan.Segalanya sudah terlambat,Siti tahu itu,Dafi pun.Siti merasakan sudah tidak perlu untuk bertemu,tapi apakan daya...Dia juga rindu pada lelaki itu,cuma dia merasakan Dafi tidak bersungguh-sungguh terhadap perhubungan mereka.Bagaikan cuak menatap wajah lelaki itu.Namun rindu yang menggunung masih menebal menyaluti hati.Rasa seperti mahu memeluknya.Tapi rajuk dihati menguasai diri. Pun begitu terfikir juga olehnya saat ini mahu saja dia lari bersama Dafi.Jauh meninggalkan segala-galanya.Namun dia cepat sedar ibu dan Ahmad memerlukannya saat ini.Dia masih dalam dilemma.Masih mencari diri dalam terang mentari petang itu.
           Bukan begitu sebenarnya niat Dafi.Bukan dia tidak sayang pada Siti.Tapi dia juga ada alasan tersendiri.Dia tidak mahu terlalu meletakkan harapan yang tinggi pada hubungan mereka,sebenarnya dia masih ada sangsi dengan hubungan itu.Terkadang dirasakan dia hanya seperti sandaran pada Siti.Namun dia bertahan kerana terlalu cinta.Berkali-kali dipujuk tinggal bersamanya disana selepas bernikah,Siti juga menolak.Dafi tahu Siti terlalu sayangkan keluarganya.Tapi alasan Siti sangat tidak munasabah baginya.Namun setelah diberitahu Siti tentang pinangan Ahmad dan ibunya dimasukkan ke hospital selepas bertengkar dengan Siti.Dafi perlahan-lahan 'berundur'dari konflik itu.Dia tidak mahu menjadi penghalang.Biarlah Siti bersama keluarganya,apatah lagi Siti pasti bahagia bersama bekas kekasih hatinya.
“Sorry Dira….I busy sangat-sangat…bukan I tak nak balik jumpa U…”Dafi melangkah menghadap wajah kekasihnya yang bakal dimiliki Ahmad.Kelat wajahnya merenung Siti.Siti tidak memandang pun wajahnya,malah dia memusingkan badannya kearah lain.Agak berkecil hati Siti waktu itu dengan Dafi hinggakan wajah itu sudah tidak mahu dipandangnya.
“I tak sangka U boleh buat I macam nih!!”Siti bersuara lagi,kali ini dia mengadap bertembung mata dengan Dafi.Namun Dafi  hanya mampu tunduk.Rasa bersalahnya juga menyelubungi diri.Tapi Dafi juga harus berundur,bukan mengalah dengan mudah namun dia tidak mahu lagi menjadi tempat sandaran bagi Siti.Dia tahu Siti menyayanginya,dia cukup sedar hal itu,tapi baginya sayang saja tidak mencukupi untuk menawan hati Siti.Cinta Siti pada Ahmad sangat luhur.Mana mungkin Dafi mampu memilikinya.
“Usah kau tipu hatimu Siti..”getus hati Dafi.Dia pasrah.Pasti ada jodoh lain buatnya.Siti hanya untuk Ahmad.
“Dia bukan milikku!TITIK!”Dafi sudah tidak mahu berharap.Dipejamkan matanya rapat.
“U memang tak sayang I kan?”Soal Siti lagi setelah Dafi hanya mampu membatu diri.Dibuka matanya setelah mendengar suara gadis itu.
“Tak……bukan begitu Dira….U tak faham…..”Agak tinggi suara Dafi saat itu.Dafi cuba menjelaskan.Dia mahu Siti faham.Bahu Siti dipegangnya namun Siti menggerakkan bahunya mohon dilepaskan.Dafi akur.Dia tetap merenung wajah kekasihnya itu.Siti membalas renungan itu dengan tajam.MARAH!
“U memang tak sayang I kan??Apa lagi yang I kena faham..apa lagi.??”Sebak suara Siti saat itu dia bakal melepaskan kekasih hatinya tidak lama lagi.Dia menutup mukanya.Menangis kerana bakal berpisah dengan Dafi.Dafi datang memaut tubuh kecilnya.Dipeluk Dafi dengan penuh kasih sayang.Siti merelakan walau marahnya menebal dihati.
“I sayang U…I sayang sangat dekat U…Tapi…U lebih sayang Ahmad…….”Tersekat disitu kata-kata Dafi.Pelukkan Dafi dilepaskan Siti.Siti sentap dengan kata-kata Dafi sebentar tadi.
“U cakap apa nih??”Siti mengesat airmatanya.Dia memandang wajah lelaki itu sekali lagi.Dafi membalas renungan itu.Seribu persoalan menyelinap difikiran Siti.Dia buntu.
“Akuilah Dira..jangan tipu diri U….I tahu sejauh mana sayang U pada I…dan I tahu…terlalu banyak sayang U pada Ahmad….betulkan???”Dafi yang sedang merenungnya tadi perlahan-lahan memalingkan tubuhnya mengadap ke laut pula kali ini.Dia tunduk.SEBAK.Siti meluru mengadap wajah Dafi.
“U cakap apa nih….U cakap apa nih??”Siti menyentuh lengan Dafi dan menggerak-gerakkan lengannya berkali-kali.Dafi hampir lemah saat itu.Mahu juga rasanya menangis seperti anak kecil,namun melepaskan Siti pergi bukanlah salah darinya.Bukan juga salah dari Siti.Itu semua adalah takdir yang harus diterima.SITI BAKAL KEMBALI KEPADA YANG BERHAK!!AHMAD!!Dia tidak mahu menjadi penghalang.Ketulusan cinta Siti terhadap Ahmad tak pernah padam.Sebagai lelaki yang waras dia patut kembalikan Siti pada cintanya dulu.Bukan bererti dia mengalah dengan mudah,tapi baginya itulah selayaknya.Siti berhak bahagia.Siti hanya layak bersama Ahmad.Selagi Ahmad masih hidup,selagi itu Siti membutuhkan cinta Ahmad dan selagi itu Dafi tak pernah cuba untuk menghalanginya.Dia tumpang bahagia.Itu sudah cukup baginya.Padanya inilah hadiah terindah buatnya untuk Siti.Mengembalikan cinta Siti yang dulu.Dia sudah bersedia melepaskan Siti.Andai Siti dipinang orang lain sudah pasti dia membawa gadis itu lari bersamanya.Namun tidak kerana lelaki ini.Ahmad cukup bererti buat Siti.Walau Siti mengatakan tidak!!Dafi tahu hatinya menuntut kemahuan cinta yang sangat didahagai Siti sudah sekian lama hanya untuk Ahmad.
“Akuilah Dira……tak perlu U ungkap dengan kata-kata pun….I tahu semuanya…I tahu……”Bergenang jua airmata Dafi.Berkerut dahinya menahan sebak.Ditarik nafasnya dalam-dalam dan dihela dengan pantasnya.
“I tak faham……”Siti menggeleng-gelengkan kepalanya.Dia buntu.
“U tak perlu faham…..semuanya terjawab dengan mudah Dira….sepanjang kita kenal…Ahmad tak pernah lekang dari ingatan U..apatah lagi U selalu sangat sebut-sebut nama dia….Dia sentiasa ada dengan U….I tak tau kenapa…..Setiap kali U cakap pasal dia pada I….I rasa dia sentiasa ada bersama dengan U….than….bila U cakap mak U terima lamaran Ahmad..I tak terkejut…malah I rasa lega…Sorry kalau I cakap macam tuh…Tapi I lega sangat-sangat sebab U dah dapat dia balik…..”Panjang lebar Dafi bercakap.Siti jadi lemah.Terasa ada kebenaran dengan kata-kata Dafi.Namun hatinya sedikit menolak rasa itu.
“U selalu cakap..U tak akan lagi dengan dia..U dah lupa dia…..namun sedikit pun mata U tak pernah menipu….I nampak Dia dalam diri U Dira….dia sentiasa hidup dalam diri U…..Mana mungkin I layak memiliki U..mana mungkin U boleh hidup dengan I…..kalau dia sentiasa ‘hidup’dalam diri U..???”Dafi memegang bahu Siti.Siti tunduk menangis sekali lagi.Mungkin benar kata-kata Dafi……
“Kahwinlah dengan Ahmad Dira….I redha….dan janganlah sesekali U rasa bersalah pada I….”Tersekat disitu kata-kata Dafi.Tidak dapat diteruskan.Dia makin sebak.Dafi memejam matanya rapat.Tangan Siti perlahan menyentuh pipi Dafi.Air jernih sejuk mengalir dicelah lorong hidung Dafi.Siti mengesatnya.Dafi tunduk.Sebak yang amat sangat.Dia memeluk Siti kuat seperti tidak mahu dilepaskan,namun dia perlu pergi.Dafi menatap sekali lagi wajah Siti.Dia mencium dahi gadis itu.Siti tunduk dengan linangan airmatanya yang tidak henti-henti mengalir.
“Dira…..good luck….selamat pengantin baru…”Kata-kata Dafi seperti todak melanggar Tumasik.Tertusuk tajam menikam dada Siti.Dafi  memalingkan tubuhnya melangkah mahu pergi.Dia sudah tidak sanggup lagi melihat wajah kekasih hatinya itu.Dafi perlu pergi,dia sudah tiada daya lagi.Dia melangkah longlai meninggalkan Siti.Siti juga lemah di situ.Namun dia sempat berlari-lari anak datang mendapatkan Dafi dan memeluk kuat tubuh lelaki itu dari belakang.Langkah Dafi terhenti.Rapat matanya di pejam.Dengan lembut dia memegang tangan Siti yang sudah bersilang kuat memaut perutnya.Dia sebak.Namun kali ini biarlah dia benar-benar pergi.Pergi demi untuk kebahagiaan Siti.Pergi demi untuk kebahagiaan Ahmad juga.Pergi untuk memberi ruang Siti bersama Ahmad kembali.Pergi demi cintanya yang tulus.Pergi demi sayangnya yang tak terbanding nilai kasih yang tidak berbayar pun….Mencintai tidak bererti memiliki….Menyayangi Siti bukan juga satu kesalahan..mengasihi bukan juga kekurangan…Cintanya melebihi dari segala-galanya…kerna itu dia harus pergi…..pergi bersama cintanya yang sesuci air terjun mencurah-curah tanpa henti di paksinya.Biarlah hanya masa yang mengubatinya nanti.Itu ikrar didalam hatinya.Menjadi semangat dan penyembuh luka dihatinya nanti….
”DIRA KAULAH ANUGERAH TERINDAH YANG PERNAH AKU MILIKI…SELAMAT TINGGAL SAYANG….”Dafi yang sudah merenungnya dan memeluk kuat Siti tadi bersuara jua.Kata-kata yang dibisikkannya pada Siti sebentar tadi sangat mengharukan hati.
“Dafi…..I sayang U….”Tersekat-sekat suara Siti saat ini.Punah juga harapannya mahu hidup dengan Dafi.Namun kata-kata Dafi terjawab seribu persoalan di hati.Kebenarannya sangat nyata.DIA TETAP MENCINTAI AHMAD.TAKKAN ADA YANG LAIN BISA BERTAKHTA DIHATINYA SETEGUH CINTANYA PADA AHMAD.TAKKAN ADA!!Apatah lagi setelah kemalangan yang dialami Ahmad.Siti cukup sedar itu.Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan seandainya kemalangan itu meragut nyawa Ahmad.Pasti jiwanya juga turut mati untuk bercinta lagi biarpun dia pasti kembali pada Dafi…
Dafi melepaskan pelukkannya yang kuat memaut Siti tadi dan menatap wajah  Siti sekali lagi.Ditatapnya dengan penuh kusyuk.Wajah itu bakal disimpan dalam kenangannya sampai ke akhir hayat.Dia bakal berangkat semula ke Australia.Tidak sanggup menunggu hingga ke hari perkahwinan Siti,bimbang dia bakal mengheret Siti lari bersamanya.Biarlah dia pergi…Pergi dengan sekeping hati yang sakit namun bahagia bersama jiwa yang tenang melepaskan Siti pada Ahmad.
“Dira..I tahu U sayang I….I tahu…….I akan simpan sayang U ni sampai bila-bila……..I akan tetap sayang U…tetap sayang U…”Dafi menyentuh wajah Siti.Suaranya sudah tersekat-sekat.sebak.Siti tunduk sambil memaut jemari Dafi.Airmatanya sekali lagi gugur mencurah.Walau pedih mendengar kata-kata dari Dafi,dia sudah tidak berdaya.Dia semakin tidak berdaya.Dafi pula walau sakit dengan kata-katanya sendiri dia masih sempat mengukirkan senyuman buat Siti.Dia mahu Siti bersama Ahmad.Kerana dia sudah melihat betapa sengsara Siti tanpa Ahmad dulu.Dan dia tidak sanggup menjadi penghalangnya.Walau Siti mahu hidup dengannya.Namun Dia lebih rela kembalikan Siti pada Ahmad.Selayaknya begitu.Itulah kata hatinya.
“ Bahagiakan diri U..bahagiakan dia….U pasti akan bahagia….Dia untuk U Dira..jangan lepaskan dia…..dia untuk U….”Itulah kata-kata terakhir dari Dafi disaat pertemuan mereka di pantai  Kuala Abang tempoh hari.Siti menangis teresak-esak memeluk kuat Dafi.Dafi juga.Kedua-duanya PASRAH!!
Selepas menghantar Siti di bandar Dungun Dafi terus berlalu.Tiada lagi lelaki itu bersama Siti.Melepaskan Dafi adalah beban yang sarat memaut hati.Namun SIti tidak tahu mengapa begitu lega hatinya saat ini.Berhadapan dengan Dafi lebih mententeramkan keadaan.Jiwanya lebih lapang tidak terasa lagi beban yang dipikul.Namun dia tidak sampai hati membiarkan saja Dafi sendiri menghadapi kesakitan ini. Puas juga dihubungi Siti.Namun taliannya di tutup.Mungkin Dafi mahu bersendirian.Siti cuba meminta bantuan dari Akim dan Maulana,supaya menghubungi Dafi.Namun tetap gagal juga.Akim dan Maulana juga turut bertanya khabar.Walau agak terkejut dengan berita Siti bakal berkahwin dengan Ahmad.Namun sebagai kawan mereka hanya mampu mengucapkan tahniah.

HOSPITAL…
             Siti datang melawat Ahmad pagi Rabu yang sangat dingin itu.Mata yang masih bengkak menangis malam tadi tidak dihiraukan.Mahu saja saat ini dia menangis dibahu Ahmad.Namun padanya..lelaki itu apa yang dia tahu.Hatinya sebak ditinggalkan Dafi.Lama Siti merenung wajah Ahmad.Dia buntu.
“Bahagiakan diri U……”Terngiang-ngiang kata-kata Dafi ditelingnya.Sekali lagi airmata nya  mengalir dipipi.
Siti sentap.Airmatanya disapu Ahmad.Siti mencapai tangan Ahmad.Dia sudah tidak dapat membendung kesedihannya.Ahmad merenung wajah bakal isterinya itu dengan pandangan yang sangat sayu.SIti tunduk.
“Kenapa nih?”lembut suara itu bertanya.Siti tunduk beserta esakkan yang tidak dapat ditahan.Ahmad masih setia mengelap airmatanya.Sempat juga Ahmad menarik tengkuk Siti dan dihampiri gadis itu dekat disisi lengannya.Siti merebahkan kepalanya dibahu Ahmad.Ahmad yang masih berbaring itu mendekatkan kepalanya ke kepala Siti dan diusapnya lembut.Siti menyembamkan mukanya bahu Ahmad.Airmata yang sejuk itu sudah membasahi bahunya.
“Kenapa nih..hemm..?”Sekali lagi Ahmad bertanya.
“Dafi….”jelas suara Siti di tepi telinga Ahmad.
“Kenapa dengan Dafi?”Soal Ahmad lagi.
“Dia datang jumpa Siti ....dia dah tinggalkan Siti….”Siti mengangkat sedikit mukanya,dekat benar  wajah mereka bertemu.Ahmad menolak perlahan bahu Siti.Siti menengakkan sedikit badannya.Ahmad memegang erat jemari Siti.Siti merangkulnya kuat.Mungkin memberi sedikit semangat baginya.Dia tidak peduli kalau hati Ahmad terguris saat ini.Padanya dia perlu meluahkan rasa.Dia sudah buntu tidak tahu mahu bercerita pada siapa,mahu diceritakan pada Farina tetapi akhir-akhir ini rakan baiknya itu terlalu sibuk dengan tugasannya.
“Maafkan Abang….”Ahmad mencium tangannya.Siti lemah di situ.Seperti sudah tiada daya menolak kesakitan hati.Seperti diluah mati emak,ditelan mati bapak.
“Abang……Siti sayang Dafi….”Terkeluar juga kata-kata itu dari mulut Siti.Namun Ahmad mengangguk seolah-olah faham.Biarpun seperti hatinya digigit semut saat tu,dia belajar untuk bertahan.Tidak salah padanya kalau Siti berkata begitu.Siti berhak.Mana mungkin sayang yang tersulam oleh Siti buat Dafi runtuh sekelip mata.Dia sedar dia agak kejam menjadi penghalang namun mana mungkin padanya Siti menjadi milik orang lain.Sudah tidak sanggup,kerana itulah dia menggagahi diri menyuruh ibunya melamar Siti.Dia perlu berani..berani merebut cintanya kembali….
“Maafkan Abang Siti……Abang punca dari semuanya….maafkan Abang…”Sayu pandangan Ahmad pada Siti.Siti hanya mampu tunduk.Dia tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi.Dia belajar untuk menerima Ahmad kembali.Cuma mungkin tika ini dia masih dalam dilemma.Siti masih terdiam,menangis tanpa rasa malu mengakui rasa sayangnya pada Dafi didepan Ahmad.Ahmad terpaksa belajar memahami situasi Siti sekarang.Belajar menggapai semula pelangi cintanya yang sudah luput dari jiwa Siti barangkali saat ini…..Dan belajar bertahan serta bersabar dengan dugaan ini.Begitu juga yang diharapkan Ahmad pada Siti.
“Ti…tengok sini…..”Ahmad memegang dagu Siti.Dipandang gadis itu dengan penuh kasih sayang.Dikesat air mata Siti.Lembut.Namun Siti tunduk semula.
“hemmm….betul Siti sayang Dafi?”Ahmad mengangkat dagu Siti sekali lagi  dengan helaan nafas yang tidak lega sebenarnya.Biar pun begitu Siti sempat merangkul tangannya.Kemas dipaut jemari lelaki itu.Dia sedar dia juga telah melukakan hati Ahmad.
“Sayang…..”Siti jujur bersuara.Tidak menghiraukan perasaan Ahmad saat itu.Dia tidak peduli.
“Abang??Abang Siti tak sayang???”Terkejut Siti dengan soalan itu.Muncung juga mulut Ahmad sebentar tadi seperti merajuk.Siti tidak menjawabnya.Jari yang dirangkulnya tadi mula dilepaskan.Ahmad menarik nafas yang tidak lega.Siti pun.Siti jadi serba salah.Melilau matanya tidak ke tempat lain tanpa memandang pun wajah Ahmad tika itu.
“Hemm……takpe la kalau tak sayang…abang tak paksa…..”Ahmad tetap merenung wajahnya.Mencari sinar cinta dimata Siti,namun Siti tidak memandang pun.Sudah malas untuk mencari kepastian saat-saat tegang begini dia cuba perbetulkan baringannya.Dia cuba bangun.Namun gagal.Siti bangun dan membantunya.Dia merelakan.Dibetulkan oleh Siti bantal dibelakang Ahmad.Ahmad menyandar semula dibantal itu.Agak selesa kali ini.Mereka sama-sama berpandangan.
“Terima kasih Ti….”Kata Ahmad.Siti tidak menjawab,namun sempat mengukirkan senyuman walaupun agak kelat senyum itu terukir.
“Ha…dah senyum pun..comel…abang suka..”Sempat Ahmad mencubit pipinya dan dengan pantas tangan Siti memukul kuat tangan Ahmad.
“Adoi!!”tangan yang masih berbalut itu dipukul Siti kuat.Siti terkejut lalu menggosok tangan Ahmad dengan lembut.
“Sorry..sorry…..ishh.sorry bang…”Siti mengosoknya lagi.
“Sayang jugak Siti kat Abang yer…”Ahmad merenung tajam pada Siti .Dia senyum.
“Mungkin saat ini Dafi sudah berlalu dari ingatannya”getus hati Ahmad.Sengaja dia mencubit pipi Siti sebentar tadi.Dia tidak mahu Dafi ‘mengganggu’ benak Siti saat ini.Biarlah hanya dia yang ‘meracuni’ jiwa Siti.Dia mahu Siti hanya fikirkan dia dan hari perkahwinannya saja sekarang ini.Walau dia tahu mungkin Siti akan mengambil masa untuk menerimanya kembali.Namun dia telah berikrar demi cinta itu.Belajar memberi ‘ruang’dengan hubungan ini.
“Perasan!”Sekali lagi Siti menepuk tangan itu.Ahmad sentap.
“Auuuccccchhh…..Arghhhhh..sakitlah!”Kali ini Ahmad menggosok sendiri tangannya yang sakit itu.Siti mengetap bibirnya.Rasa bersalah juga namun dia sempat mengukirkan senyuman yang dihiasi lesung pipitnya itu.
“Padan muka!!”Kata Siti.
“Betul la…Siti tak sayang Abang kan..???”Soal Ahmad.Siti terdiam.Dia bangun dari tempat duduknya.Ahmad memerhati.
“tak pela tak nak jawab soalan abang…tapi abang tau..Siti sayang abang…..betul tak..??”Ahmad senyum sambil mengenyitkan matanya pada SIti.Siti mengetap bibir merah jambunya itu.
“Ishhh…perasannya..”Siti bersuara sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
“ihik….Ti..abang lapar laaaa…..”Manja suara Ahmad padanya saat itu.Tangannya digosok pada perut.Siti hanya mengukirkan senyuman.Wajah yang kelat tadi sudah berubah.Ada sedikit keceriaan terpancar.
“Ti…suapkan abang makan eh….”Ahmad memegang lengan Siti.
“Tak nak lah….makan la sendiri….”Siti menjeling manja.Ahmad hanya mampu membelokkan sedikit tengkoknya sebelah Siti itu.
“Ye la orang tak sayang kita…takpe la..kesian abang.takde orang nak suap makan ni haaa.... makan sendirila jawabnye..haaiiiiccchhh….”Ahmad menggeleng-gelengkan kepalanya sambil mencapai bekas makanan yang berada diatas meja tepi kanannya.Siti yang tidak sampai hati melihat tadi cepat-cepat mencapai bekas itu.
“Takpe..Siti suapkan..”Siti bersuara.
“Tak menyusahkan ke?”Soal Ahmad
“Eleh..mengada-ngada…macam tak biasa….”Siti menjeling manja padanya.Ahmad sempat mengetap bibirnya dan mengukirkan senyuman lebar.Siti membalas senyuman itu.
“Dah tak sedih dah??”Soal Ahmad.
“Dah la….makan la….Siti dah ok dah nih..”Kata Siti yang cuba memujuk hatinya sendiri.Dia menarik nafasnya dan dihembus lega.Ahmad hanya senyum,malas dia bersuara bercakap mengenai Dafi.Lelaki itu bukan penting pun padanya.Apa yang penting sekarang hanya dia dan Siti!!
            Pagi itu berselera benar dia makan.Apatah lagi Siti yang suapkan.Ditenungnya lama wajah kesayangannya itu.Tidak puas-puas dia memerhati.Dan tidak sabar benar rasanya mahu mengahwini gadis itu.Sepanjang Siti menyuapkan dia makan,tidak henti-henti dia merenung dan sesekali tersenyum sendiri.
“Boleh tak kalau tak tengok Siti macam tuh..seganlah!!”Siti meletakkan mangkuk sup tadi dimeja dan duduk semula di kerusi sebelah kanan Ahmad itu.Ahmad tetap senyum padanya.Siti makin tidak selesa.
“Dah la…..rimaslah kena tenung camni..”Kata Siti lagi.
“Biarlah..nak tenung jugak….tak sabar nak kawin tau..”Usik Ahmad.
“Mengada-ngadanya dia nih…ishhh…”Siti menjelir padanya.Ahmad menyengeh.Sempat jari telunjuk Ahmad menyinggah menyentuh hidung Siti.Manja.Siti menyambar jari itu.
“gigitkan jari ni baru tau…..”Dibuka sedikit mulutnya seperti mahu menggigit jari Ahmad.
“Alaaa…janganlah…dah la Abang tengah sakit nih…..jangan la gigit…”Ahmad merenungnya tajam.Siti membalas renungan itu.Namun cepat-cepat dia tunduk,tidak tahan bertembung mata dengan Ahmad.
“Ah!!tak boleh jadi nih….tak pasal-pasal aku cair kat sini nanti….hemmm….abangg…tak sabar lak aku nak kawin ngan kau….ihikkkk..”Hati Siti menggeli,bagai rama-rama kembali datang menghiasi taman cintanya yang kontang itu.Dia senyum sendiri.Sekali lagi mata mereka bertembung.Mereka berbalas pandangan.Perlahan Siti melepaskan tangan yang dirangkul tadi dan dengan pantas kali ini tangan Ahmad pula menggosok lembut  pipi Siti.Siti membiarkan.Dipejamkan matanya rapat. Hanyut Siti entah kemana,membiarkan Ahmad membelainya dengan penuh rasa disayangi.Mahu tercabut jantungnya saat itu,tapi dibiarkan saja.TERASA SENTUHAN HANGAT DARI BAKAL SUAMINYA ITU.Merelai dibelai pipinya yang gebu itu.Sayangnya pada Dafi sebentar tadi melayang entah kemana,hilang sekelip mata.
“Auuuu!!”Siti sentap sambil bersuara.Dipegang hidungnya yang sakit dipicit Ahmad.Ahmad menarik kuat hidungnya.Merah dikepit dengan dua jari Ahmad sebentar tadi.Ahmad ketawa.
“Adoi.sakit.sakit.sakitlah…”Ahmad ketawa lagi.Siti memukulnya manja.Geram juga diusik sebegitu.
“Siti khayal eh…”Usik Ahmad padanya,malu juga saat itu.Pasti sebentar tadi Ahmad merenung dan memerhati wajahnya lama.
“AH!TIDAKKKKKK..malunya aku….ishhhh”Dipejamkan sekejap matanya rapat-rapat.Ahmad yang masih memerhati menyengeh tidak henti-henti.
“Abang ni teruklah……”Kata Siti sambil menggigit bibir merah jambunya itu.Malu..Suara manja Siti itu bisa mencairkan hatinya.Dengan muka yang agak merah padam itu Siti menjelingnya tajam.Dia ketawa melihat Siti.Terasa tenang jiwanya saat itu.TERASA SAAT INI CINTANYA SUDAH KEMBALI SEMULA…..Lega..dihela nafasnya panjang….
“Siti balik dululah…dah lama sangat dah nih..nanti Along marah pulak Siti lama-lama kat sini….”Siti bangun dari duduknya sambil membetulkan baju kurungnya.Ahmad memerhati.Tidak mahu rasanya membiarkan gadis comel itu pergi.Sekali lagi dia menarik lengan Siti.
“Ti….abang sayang Siti….Siti kena tahu tuh!!”Sempat Ahmad mengenyitkan matanya pada Siti.Siti memandang wajah nakal itu.Dia menyengeh tidak henti-henti.Mahu saja saat itu Siti pula memicit hidungnya.Tapi dia segan untuk berbuat begitu.
“Abang rehatlah…nanti jangan lupa makan ubat tau…Siti balik dulu eh..”kata Siti.
“Ti……muahhhh..”Diletakkan tangan dibibir merahnya itu dan menempek tapak tangan itu disapu ke pipi Siti.
“Abang ni teruklah!!GATAL!!”Kata Siti yang sudah mahu pulang itu.
“ihikk..tak tahan la tengok…awak tuh comel sangat….kang dah dapat hadiah dari abang….”Nakal Ahmad menjadi-jadi.Siti memukul-mukul manja lengannya.Ahmad beradoi kesakitan.Malu Siti diperlaku sebegitu,namun hatinya juga menuntut kasih sayang yang banyak dari Ahmad.
“Dia bakal aku miliki…..…benarlah kata hatiku selama ini…seribu tahun pun akan aku menantimu bang….”Siti sempat menghulurkan tangan bersalaman dengan Ahmad.Siti mencium tangan Ahmad.Ahmad merelakan.Tangan Siti kuat digenggamnya .Siti mohon dilepaskan.Namun Ahmad masih menarik-narik tangannya.
“Dah nak balik kan....tak nak cium abang ke?”Ahmad masih nakal mengusik Siti.Matanya galak merenung bakal isterinya itu.Siti membulatkan matanya.Seperti marah namun sempat tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
“GATAL!Lepaslah tangan Siti..Siti dah lambat nih….please…”Siti mohon tanganya dilepaskan.
“Ti….”Lembut suara itu memanggil namanya.Siti tidak menjawab.Dia hanya memandang tepat pada mata Ahmad.
“Apa……?? Lepaslah tangan Siti ni..sakitlah..Abang nih teruk tau..…”kata Siti.DIa sudah mahu berpaling dari Ahmad.Namun masih sempat ditarik semula oleh Ahmad.
“Ti…”Ahmad menarik Siti kuat.Namun sempat  juga tangan Siti menekan pada katil Ahmad.Andai Siti tidak berhati-hati tadi,pasti dia berbantalkan dada Ahmad sekali lagi.
“Lepaslah sakit!!”Suara Siti agak tinggi menahan rasa ingin marah pada Ahmad.Ahmad melepaskan rangkulan tangannya itu.Rasa bersalah juga tapi tetap gatalnya menjadi-jadi. Siti cepat-cepat membaiki semula tudung dan bajunya.Malu benar diperlaku begitu.Dengan tidak semena-mena Siti melibaskan beg galasnya pada perut Ahmad.Beradoi sekali lagi Ahmad dikatilnya.Sakit.Siti memandang dengan penuh rasa geram mahu marah.Dia tidak berkata apa-apa menjeling tajam pada Ahmad dan berlalu keluar tanpa mempedulikannya.GERAM.Ahmad yang sakit itu dibiarkan saja.Memang patut pun dipukul dengan begnya tadi.
“adoiii…apsal la aku jadi bodoh sampai macam nih…adoiii….ahakkkkk…..bodohnya aku…..Siti ooooo Siti kau selalu buat aku jadi macam orang bodoh bila dekat dengan kau…..adusssss…ishhh..ahakk…”Ahmad sempat tergelak sorang-sorang dibiliknya itu dan ditutup mukanya dengan bantal yang dipeluknya tadi.Dia tidak menghiraukan Siti yang tengah marah itu.Namun dirasakan saat ini bagaikan dunia kembali menjadi miliknya……....