Jumaat, 15 April 2011

SEPTEMBER MUSIM CINTA-BAB 24

      Siti mengesat airmata sambil dia menyeluk separuh kakinya kedalam sungai.Sudah luluh hatinya disiat-siat dek keputusan ibunya.Apa mungkin bagi Siti berpaling kembali menerima Ahmad.Segala kesakitan dulu mencucuk-cucuk semula hatinya.Bertambah lunyai bilamana Dafi juga begitu mudah mengalah dengan cinta mereka.“Ah!Lelaki!!”Getus hatinya marah.Siti mengesat kembali airmatanya yang jatuh berderai itu.Dia bangun dari duduknya ditepi sungai belakang rumahnya.Dia menarik nafas yang tersekat-sekat merintih kepedihan.Dunianya terasa gelap.Dia mendongak ke langit,ada rindu buat Dafi.Ingin sekali lari dan tinggal bersamanya di sana.Namun kerinduan itu terhenti juga dek rajuk hati yang punah.Siti tunduk pasrah dan memejam matanya rapat-rapat.SAKIT!!Airmata yang laju mencurah tidak dapat dihentikan lagi.Dia mengesat airmatanya berkali-kali dan  meniti batu-batu di sungai dihadapannya dan menuju ketempat tinggi sedikit.Dia menarik nafas yang tidak lega-lega dihela.Siti berhenti melangkah dan memijak pada batu yang mendatar.Lama ditenungnya kedalam air.Dia memejamkan mata dan menarik nafasnya dalam.
         “DUUUMMM!”Terjun Siti dari tempat itu.Menyelam kedalam sungai yang agak dalam selepas hujan.Cuba dia menyelami diri.Senak hatinya membebani jiwa.Terbayang wajah ibunya yang terlantar di hospital kerana kederhakaannya.Rasa bersalah itu juga menambah pedih yang sarat memikul hati.Berlawan mulut dan menidakkan keputusan ibunya yang telah menerima lamaran Mak Anum itu membuatkan dia seperti mahu saja mati saat ini.Mak Nah yang sudah berhari-hari bertekak dengan Siti kerana degil dengan permintaannya.Bukan Mak Nah tidak mahu Siti dikahwinkan dengan Dafi,namun berkali-kali juga Siti memujuknya mahu tinggal di Australia bersama Dafi.Mak Nah tidak dapat menerima keputusan Siti itu.Dengan kehadiran Mak Anum serba sedikit mengurangkan bebannya mahu melepaskan Siti yang mungkin bakal berjauhan sekali lagi darinya.Dafi juga seperti tidak mahu mengalah.Tetap mahu berkerja dan menetap di sana.Siti menjadi serba salah.Berkali-kali berbincang dengan Dafi namun akhirnya perbalahan juga yang tercetus.Ibarat diluah mati mak,ditelan mati bapak!!
            Dia menyelam lagi berdayung menggauli air yang pasang di sungai itu.Dipejamkan matanya rapat-rapat.Namun tetap terbayang wajah Ibu tersayang yang hampir menemui ajal dek tengkingannya yang mahu menolak lamaran Mak Anum.
“Siti!!Sudah!!Lupakan Dafi!!”Mak Nah datang meluru dari biliknya.Sakit hati Siti mendengar kata-kata Mak Nah.Dia bangkit dari baringan dipaha Irma yang sedang meredakannya di bilik.
“Kenapa mak?!kenapa??” Siti bangun dan berdiri betul-betul depan ibunya.Dia sudah tidak tahan dipaksa sebegitu rupa.Siti mengadap muka ibunya.Tanpa rasa bersalah meninggikan suaranya pada mak Nah.
“Aku bukan tak suka dengan Dafi tuh…aku tahu budak tuh baik.Tapi tak boleh ke kalau dia tak bawa kau pergi menetap di sana kalau kau nikah dengannya nanti.?”Marah suara Mak Nah waktu itu.
“Mak….semua tuh boleh Siti bincang semula dengan Dafi……”Siti menambah.
“Berapa kali kau nak bincang..tak pernah aku dengar kau bagitau Dafi tuh nak balik duduk sini…asyik-asyik kau juga yang kena mengalah dipaksa duduk kat sana…itu belum jadi isteri….kalau dah jadi isteri macamana ntah dia layan kau…..orang kalu sayang kita…dia sanggup berkorban tau!!”Marah juga Mak Nah saat ini.Ada kebenaran juga yang diperkatakan Mak Nah.Dia merenung mata Siti.Siti tunduk mengesat airmatanya.
“Sampai hati Mak…..”Siti tunduk dan menutup mukanya.Lemah Siti saat itu.Menangis tak henti-henti.
“Aku tak faham dengan budak Dafi nih……kalau betul la dia sayang kau dia tak berkeras paksa kau duduk kat sana Siti!!Apa hebat sangat ke dapat duduk di Negara orang??!”Kata Mak Nah lagi yang sudah terbeliak biji mata merenungnya.Merah padam muka Siti menahan marahnya juga pada Mak Nah.Dadanya seperti mahu pecah dek laungan mak Nah waktu itu..Begitu juga Mak Nah yang sudah turun naik dadanya bagai gunung berapi meledak mahu memuntahkan laharnya.
“Mak..Siti….dah-dah la…..malulah kalau dengar dek orang..dah la tuh!”Irma datang memujuk mereka berdua.
“Kau diam Irma….!”Bagai nak terkeluar biji mata Mak Nah merenung Irma.Irma jadi kecut.Perlahan-lahan ditundukkan kepalanya.
“Tak kira apapun tolonglah bagitau mak Anum…Siti tak nak kawin dengan Ahmad!!Biar apa pun…Siti tetap nak duduk Australia!!Siti tak nak…tak nakkkkkk!!Siti nak duduk Australia!!” Tinggi benar suara Siti waktu itu pada ibunya.Menengking dan mengadapkan muka betul-betul ke muka Ibunya.Sangat kurang ajar!!
“PANGGG!!Kurang ajarrr….!!”Mak Nah tidak tunggu saja.Menyinggah juga lima jarinya pada muka Siti.KUAT!!Sakit hatinya mendengar suara Siti yang menjerit ditepi telinganya itu.Terteleng juga muka Siti saat itu,bengang ditampar ibunya.
                 Lamunannya terhenti!!Kedengaran ribut mengaum di balik bukit hujung kampungnya.Tanda hujan bakal tiba.Dia menyelam lagi tanpa menghiraukan ribut yang memanggil hujan.Dia mahu menyejukkan hatinya panas membuak itu.Sesekali Siti naik kepermukaan menghirup udara segar dan sesekali menyelam kembali melepaskan kepanasan hati.Siti naik semula ke darat.Sudah puas bermandi-manda sendirian di sungai itu.Namun rasa bersalahnya masih menghantui jiwa.Tidak lega-lega.
“Mak…maafkan Siti…….”Dipejamkan matanya rapat-rapat.Sebak!!
Entah mengapa airmatanya tidak juga mahu berhenti.Peristiwa 4 hari lalu itu sangat-sangat menghantui jiwanya.Selepas bergaduh dengan ibunya,Mak Nah dikejarkan ke Hospital kerana rebah dan pengsan selepas menampar Siti.Darah tingginya naik memuncak.Mujurlah ibunya itu sempat dikejarkan ke hospital.Hampir gila Siti saat itu merasakan dirinya sangat bersalah.Irma yang berada bersamanya juga sempat memukul-mukul bahu Siti kerana perbuatannya yang menyebabkan Mak Nah hampir menemui ajal.Aliff juga bakal menampar Siti di muka pintu bilik ICU sewaktu menunggu Mak Nah keluar.Namun sempat ditahan Ahmad.Lelaki itu datang menyelamatkan Siti sekali lagi.
“Mengapa kau sering datang menyelamatkan aku??Aku tak perlu kau….Aku tak nak kau lagi……aku benciiiiiiiii kauuuu!!!”Siti berlalu dari situ.Ahmad mengejarnya.
“Ti…..”Ahmad memegang lengannya dari belakang.Siti mengesat airmatanya.Sempat juga dia menolak sentuhan itu.Siti memeluk tubuh mengadap pokok Rhu yang rendang didepannya dihalaman padang kanak-kanak di Hospital itu.Siti benci mendengar suara itu.Benci sangat.Ahmad datang mengadapnya pula.Siti memalingkan tubuhnya kearah lain.Tiakmau melihat pun wajah itu.BENCI!!
“Siti dah tak suka tengok abang…??”Soal Ahmad.Siti mengesat airmatanya.
“Kenapa bang…kenapa Siti…cari lah orang lain untuk dijadikan teman hidup Abang….Siti tak nak...”Dalam suara Siti saat ini.Dia tunduk memejamkan rapat matanya.Ada rindu memintal urat-urat sayangnya pada Dafi.Tidak sanggup mencurangi kasihnya yang tersulam beberapa tahun ini.Ahmad menghela nafasnya panjang.Dia faham dia sudah menyakiti Siti.
“Abang minta maaf andai semua ini puncanya dari pihak Abang….”Ringkas kata-kata Ahmad namun sangat-sangat mencucuk hati Siti.Begitu juga hati Ahmad yang sudah berdarah dek kata-kata Siti sebentar tadi.Jelas gadis itu sudah tidak mahu menyulam kasih dengannya kembali.Biar pun jarak antara mereka sangat dekat,namun terasa terlalu sangat jauh saat ini.Itu yang Ahmad rasakan.Dia mengelap peluh di dahi sambil mengetap bibirnya.BENGANG!!
“Ti…..”Dia merenung wajah Siti lama.Siti tidak memandang pun wajah Ahmad.Rasa benci menyelinap segenap hatinya.
“Abang minta maaf….”Ahmad melangkah membelakangi Siti.Siti tunduk.Lega lelaki itu sudah berlalu.Ditarik nafasnya dalam-dalam.Dihelakan dengan rasa lega tanpa diganggu Ahmad saat ini.
Sekali lagi ribut kedengaran di hujung bukit sana.Siti tersentak dari lamunannya sekali lagi.Terlalu sukar menerima kenyataan ini.Semakin hari semakin dia sudah tidak berdaya bertahan memikirkan kepayahan ini.
“Dafi….baliklah…..Aku rindu kau……”Merintih Siti seorang diri mengenangkan nasibnya itu.Namun bersilih-ganti wajah Ahmad yang datang menghantui lagi jiwanya.Bagai terpanah dek tombak yang disalut racun dihujung ulunya.Menyerap memamah urat-urat sendinya.Ada dendam yang memintal hati.Ada benci yang menggulung perasaannya.AHMAD!!mengapa harus kau datang kembali dalam hidupku!!AKU BENCI KAU!!SUMPAH AKU BENCI KAU!!
                                                                              
                                                                                      ****
                      Siti yang lenjun dibasahi air sungai itu melangkah naik menuju ke rumahnya.Matanya terpandang pada kereta putih dilaman rumah.NISSAN,FAIRLADY!!Ceettttt!!BENCI!!
“Ah!!Datang dah kambing nih kat umah aku!!Arggggghhhh…bencinyaaaaaa…..”Bagai nak meraung Siti saat itu.Dipejamkan mata dan dihentakkan kakinya diluar pintu dapur.Benci lelaki itu ada datang ke rumahnya.
“GUPP”Kerana ketidaksabaran Siti melangkah,dia terhantuk kuat di bucu pintu dapur.Mahu bergegar juga dapur rumahnya itu.
“Aduuuhhh…..ishhhhh…arghhh..sakitlahh BODOH!!”Ditampar kuat pintu itu oleh Siti kerana marah dia dengan dirinya sendiri yang cuai melangkah tadi.Digosok-gosokkan kepalanya yang sakit.
 “Siapa??”Kedengaran suara Aliff dari atas rumahnya.
“Aduhh…BODOH!BODOH!BODOH!!..”Dia menendang pintu dapurnya itu.Melepaskan kemarahannya.
“arrgghhh…aduh!Sakitnya kaki aku…aduh..Isssshhhhhh..”Siti mengomel sendiri.Dia menggosok-gosok kakinya pula yang sakit menyepak kayu pintu itu.Terhenjut-henjut dia  masuk dan duduk dikerusi dapur dengan pakaiannya yang basah itu mula bertitisan membasahi lantai.Dia sudah tidak peduli.Dia tetap menggosok-gosok dahi dan sesekali mengurut-urut kakinya.Dia yang dalam kesejukkan itu juga sudah beberapa kali bersin kerana kesejukkan.
“Siapa ha…???”Soal Aliff lagi.Siti dapat mendengar sayup suara Alongnya itu.
“Sitilah Long….”Agak tinggi suara Siti menjawab sapaan Alongnya itu.
“Apsal bising sangat kat dapur nih…dah macam orang nak rombak rumah bunyinya…..”Aliff datang menjenguk di depan tangga dapur.Tersengeh dia melihat Siti.Siti menjeling ke arahnya.
“Apa pulak…orang terhantuklah..sakit tau!!Bukan nak tolong orang pun..menyakitkan hati lagi ada lah!!Satu rumah bercakap pun menyakit hati!!”Siti mengomel dan menjeling sekali lagi pada Alongnya.Aliff senyum datang padanya.Kemarahan Aliff padanya juga sudah mereda.Dia belajar untukk memahami jiwa Siti.Andai dia sekalipun,mungkin juga dia naik angin dengan keputusan yang dibuat tanpa ditanya empunya diri.
“Amboi..garangnya bakal pengantin….”Usik Aliff yang sudah datang dekat padanya dan menyentuh kepala Siti yang membengkak dek tercium bucu pintu tadi.Siti cuba mengelak.Sakit.
“Jangan sebut macam tuh boleh tak??!!GELI!!”Suara Siti makin meninggi.Panas dadanya diusik begitu.Melirik menjeling tajam pada Alongnya.Aliff senyum memanjang.
“Amboi garangnya adik Along nih….nun ha…pengantin lelaki dah tunggu dari tadi nak ajak kita pergi hospital jenguk mak…..cepatlah..”kata Aliff.Siti berhenti menggosok dahinya yang sakit.Namun lebih sakit hatinya diusik sebegitu oleh Aliff.
“Tak naklah!!Along je la yang pergi!!”Kata Siti.
“Tadi Along yang ajak dia…cepatlah..ari dan nak ujan nih…Cepat siap!!”Kata Aliff.
“Ishhh…Suka paksa-paksa benci tau!!Ishhhh..”Kata Siti yang kerap kali menjeling pada Alongnya itu.Aliff hanya mengukirkan senyuman dan naik ke rumah semula.Dia mencapai tuala dan kain sarung.Turun sekali lagi ke dapur dan menghulurkannya pada Siti.
“Aikkk…macam tau-tau je Siti nak guna..”Sambil Siti menunjukkan kembali tuala dan kain sarung itu padanya.
“Abis tuh….nak naik ke bilik sendiri dengan basah-basah macam nih..?”Sindir Alongnya.
“HUH!!”Siti bangun dan memuncungkan mulutnya.Bergegas dia masuk kedalam bilik air.
“Cepat!!Along tunggu lam kereta dengan Ahmad..cepat!!”Aliff sempat berpesan pada Siti.Siti tidak menjawab.Terus ditutup pintu bilik airnya.

                                                                                              ****
        Hujan mula membasahi tanah.Lama juga Aliff dan Ahmad menunggu didalam kereta.Siti masih tidak turun-turun juga dari dalam rumah.
“Liff…sori pasal mak kau eh….”Ahmad memulakan bicara didalam keretanya.
“Ishh…dah-dah lah..aku tak salahkan kau pun….Siti tuhpanas baran…”Kata Aliff.
“takdelah….aku…….”Belum sempat dihabiskan bicara oleh Ahmad,Aliff mengiringkan sedikit badannya dan menyampuk.
“Dahlah!!Bagi Aku ada baiknya jugak kau datang pinang Siti cepat-cepat…kalau tak melepas la kau…….”Aliff mengangkat keningnya pada Ahmad.Ahmad kelat mengukirkan senyuman.Berkerut dahi Ahmad sebentar tadi.
“ermmm……Ingat tak masa kita makan kat kedai Wak Lu tuh…?Aku saja je hint-hint kat engkau..tak sangka kau cepat kau datang pinang Siti….”Aliff menyengeh pada Ahmad.
“Kenapa kau cakap macam tuh…?”Soal Ahmad.
“Aku tahu kau suka Siti…….so….siapa cepat dia yang dapat…ahakkk.”Sambung Aliff yang agak gembira dengan berita itu.
“Tapi dia tak suka aku..”Ahmad tunduk seketika.
“Masakan cinta boleh jadi benci……?”Kata Aliff.
“Apa kau cakap nih??”Soal Ahmad yang masih bingung.Tertampar rasanya dek kata-kata Aliff.Seperti Aliff sudah tahu kisah mereka sebelum ini.
“Aku tahu semuanya Mat…….”kata Aliff sambil menekan butang radio di kereta Ahmad.
“Aikk..kau tahu dari mana?”Soal Ahmad lagi seprti mahu mengorek rahsia.
“Adalahhhhhh…biarlah rahsia!”Kata Aliff yang sedang membaiki rambutnya mengadap cermin kecil yang dibukanya pada lelangit bumbung depan kereta itu.
“ishhh!!kau nih dah macam Datuk Siti Nurhalizal a pulak…rahsia-rahsia  bagai……”kata Ahmad.Aliff yang tidak mahu disoal banyak terus menekan tapak tangannya pada hon kereta Ahmad.
“PONN..PONN” Tersentak juga Ahmad pada waktu itu.Aliff tersengeh melihat Ahmad yang sempat mengurut dadanya.Aliff menekan hon dikereta Ahmad beberapa kali.
“Issshh…terkejut aku!!”Kata Ahmad yang sedang memegang dadanya.
“ Lambat gilaaaaaa…..bersiap-siap cik Siti nih..!!”kata Aliff pada adiknya itu.
“Laaaaaa….kau nih…biasalah pompuan..kalau bersiap memang lambat….sabar je lah…”Kata Ahmad.
“WAH!!Kau memang calon adik ipar yang baik….”Ditunjukkan ibu jarinya pada Ahmad.
“Cehhh….Overnya kau!!”Ahmad menggeleng-gelengkan kepalanya sambil menggosok dagu dan tersenyum.Aliff menyengeh saja sambil menggoyang-goyangkan badannya mengikut irama lagu yang berkumandang didalam kereta Ahmad.MILIK SIAPAKAH GADIS INI nyanyian ALLAHYARHAM SUDIRMAN yang baru berkumandang sebentar tadi.
“Ahh…..dah lama tak dengar lagu ni kan..??”kata Aliff.Dikuatkan sedikit volume pada kereta itu.Menghayati bait-bait kata yang tersusun indah bersama melodinya..Ahmad juga terbuai dengan lagu itu.Longlai badannya nari-nari dan begitu asyik memerhati titisan hujan mengiringi irama lagu ini di cermin tingkap keretanya.Melayang-layang membayangkan wajah Siti saat ini.Seperti terpanggil-panggil oleh alunan irama lagu ini,Siti keluar dari rumahnya dan melangkah menyusun langkah,selangkah demi selangkah menuruni tangga rumah,sambil dia mengangkat sedikit kain baju kurungnya kerana bimbang basah dek tempias hujan,payung ditangannya dibuka dan dilepaskan cengkaman pada kainnya itu.Di angkat semula kain itu terselak hingga ke betis.Terpegun Ahmad saat itu.Matanya tidak beralih sesaat pun  memandang Siti.Dari atas sampai ke bawah.Lama dihayatinya.Berulang-ulang kali memerhati.Terpaku matanya melihat pada betis Siti.Ah!!Hati lelakinya menguntum berahi!!Betis putih gebu itu bisa membuat Ahmad tertelan air liurnya.Dia tunduk seketika.Malu dengan dirinya sendiri,menggigit bibir merahnya menahan perasaan yang membuak-buak itu.Apatah lagi degup jantungnya bergendang kencang pabila Siti semakin menghampiri keretanya.
“Isshhhhh…..Astagfirulah Hal-Azim…..”Beristigfar dia saat itu.Diangkatkan kembali mukanya melihat Siti.Sekali lagi dia menghayati wajah kerinduannya itu.Jelas.Walau terganggu dek wiper depan yang laju mengibas hujan di cermin,namun dia masih mampu melihat dengan jelas liuk longlai jangkahan Siti sambil berpayung menuju kearahnya.Sempat juga Siti menadah hujan jatuh menimpa ditapak tangannya dan dicelah-celah jari runcingnya itu dan dipusingkan payungnya berwarna putih transperan dan bertambah berseri-seri mengenakan baju kurung ungu sangat menggoda jiwa sang pencinta yang sedang memerhati itu.COMEL SANGAT HINGGA DIRASAKAN INGIN MATI DALAM PELUKKAN SITI…
“Heemmmmmm….kau bakal jadi milikku Siti…..”Getus hatinya.
“Bro……kuar la wei…..Tuan putri minta dibuka pintu tuh…”Tersentak Ahmad dek tepukan dibahunya oleh Aliff.Mereka berpandangan mata.Ahmad terpinga-pinga.
“Kau berangan eh….”Soal Aliff yang senyum meleret melihat riak mukanya dari tadi barangkali.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.Ahmad mengetap bibirnya dan terus membuka pintu kereta.Cepat-cepat dia keluar dari kereta dan membantu Siti yang datang menghampirinya.Basah juga badan Ahmad dibasahi hujan yang makin lebat mencurah.Aliff dengan segera mengangkat buntutnya menghala ke pintu Ahmad dan mengunci pintu itu.Sengaja dia berbuat begitu dan mahu membiarkan Ahmad dan Siti diluar.
“Wei…Liff..bukak pintu nih.wei…basah aku nih.”Ahmad mengetuk-ngetuk tingkapnya.Aliff tergelak sendiri didalam kereta.
“Along….Along….”Siti juga turut mengetuk tingkap sambil mengendap Alongnya yang sedang tergelak sendiri itu.Sudah basah Ahmad saat itu.Siti datang dekat menghampirinya.Kesian juga dikhianati sebegitu oleh Alongnya.
“Along!!Bukak!!”Siti mengetuk-ngetuk lagi tingkap itu.
“Errggghhhh..se…ssejjuuukkk..eeaeaarrrghhh…”Ahmad sudah kesejukkan.Tidak tahan dek tempais hujan dan angin yang kencang datang mencium kulitnya.Dia memeluk tubuhnya.Siti berkali-kali mencuba mengetuk tingkap itu.Aliff tetap tergelak sorang-sorang didalam kereta.
“Ni dah melampau nih!!Alonggggg!!”Siti naik hantu.Geramnya bagai mahu memecahkan tingkap kereta itu.Angin yang kuat itu bisa membuat Siti mahu melayang bersama-sama payung yang dipegang.Dia juga cuba memayungi Ahmad tapi angin yang beserta hujan itu rasanya tidak perlu berpayung lagi.Terkadang bertembung juga mata mereka berdua.Namun cepat-cepat dialihkan pandangan itu oleh Siti.Angin semakin kuat,payung yang dipegang Siti hampir terlucut.Ahmad menggapai payung itu.Terpegang olehnya tangan Siti.Mata bertentangan sekali lagi.Lenjun mereka berdua dibasahi hujan.Perlahan-lahan Ahmad mengangkat payung dan berteduh dibawahnya bersama-sama Siti.MASIH TERASA SEPERTI DUNIA INI MILIKNYA……
“PRaanGGGG!”
“PAP!!”Siti memeluk kuat badan sasa Ahmad.Dia tersentak dek bunyi petir yang meyabung kuat di langit.Ahmad juga tersentak dengan pelukkan itu.Namun dibiarkan saja Siti berpaut pada badannya.Sekali lagi dia mengetap bibirnya dan memegang payung yang dilepaskan dari tangan Siti.Bagai nak luruh jantung mereka saat itu.Terdengar hembusan nafas Ahmad menghembus puas dipeluk Siti.Senyum.Aliff yang berada didalam kereta terkejut juga dengan dentuman petir yang sangat kuat dan mata yang terbeliak bagai nak terkeluar itu juga  hanya mampu melihat drama romantik sebentar tadi.Bingung!!
“Eehem..ehemm”Ahmad menepuk-nepuk bahu Siti.Dia menggenggam tangan kanannya menutup mulut sambil buat-buat batuk.Dagunya menongkat ubun-ubun Siti.Mahu juga rasanya memeluk kuat gadis itu.Namun dia masih boleh bertahan.Bimbang juga kalau dipaut Siti sekali lagi Aliff datang menumbuknya.Siti perlahan-lahan melepaskan pelukkan itu.Mata yang dipejam rapat tadi dibukanya.MASIH TERASA HANGATNYA PELUKKAN ITU!!Siti tunduk malu.Aliff yang terpinga-pinga tadi sudah membuka butang pintu kereta.Ahmad setia memayungi Siti dan mengiringinya ke pintu belakang.Dia juga bergegas masuk kedalam kereta itu.Hujan masih lebat.Hampir lenjun mereka berdua dibasahi hujan.Ahmad menghulurkan payung pada Siti.Siti mengambilnya.Kali ini tangan Siti pula menyentuh tangan Ahmad.Berderau darah Siti.Bergelora jantung Ahmad menahan gelojak hati.Cepat-cepat dilepaskan payung itu oleh Ahmad.Aliff sudah terdiam dari tadi.Terkejut melihat adengan romantik sewaktu petir mengaum kuat tadi.Dia tidak berpaling pun melihat kedua-dua mereka.Berkali-kali Aliff menggaru kepalanya.Buat-buat tidak nampak apa yang berlaku.
           Laju pacuan kereta Ahmad menuju ke Hospital.Sesekali matanya merenung pada cermin pandang belakang itu.Siti dari tadi memukul-mukul bahu Aliff.Ahmad hanya senyum saja melihat saja karenah dua beradik itu.
“Along lah nih…habis basah baju Siti tau….bencilah!!”Siti mengomel lagi tidak puas hati dengan gurauan Aliff.
“Benci ke…???”Aliff menjeling manja pada adiknya.Ahmad buat-buat tidak dengar walaupun jantungnya bagai nak jatuh saat ini bilamana Aliff berkata begitu.
“BENCI SANGAT!!BENCI....BENCI SANGAT-SANGAT!!”Kata Siti sambil mengancip giginya.Geram.Sempat juga dia menjeling ke arah cermin pandang belakang yang terletak didepannya itu.Tidak disangka tajam renungan Ahmad padanya waktu itu.Sakit dada Ahmad mendengarnya.Dia tahu Siti menyindir.Dia faham Siti masih marah padanya.Saat indah sebentar tadi bertukar menjadi marah.Namun tetap bertahan dengan kata-kata itu.
“Aku tahu siapa aku Siti!!Ya aku tak layak!!Patut pun kau benci aku…patut pun!!”hatinya panas dek kebencian Siti.Siti merenungnya kembali.Bertembung mata mereka sekali lagi.Ahmad mengalihkan pandangan itu dan memerhati cermin pandang kanannya.Malas dia bertembung mata dengan Siti lagi.Tanpa berfikir panjang dia  membelokkan stearing keretanya  dengan pantas.Dia melepaskan geramnya itu dan hinggakan Siti hampir terhantuk kepalanya pada tingkap cermin kanan itu.Aliff juga hampir tersungkur ditepinya.
“Wei..sabar bro……bahaya kau bawak macamnih…”Kata Aliff.Dia faham dengan reaksi itu.Aliff tahu Ahmad terasa hati dengan kata-kata Siti.Wajahnya berubah menjadi merah padam menahan marahnya.Dia merenung kembali pada wajah itu melalui cermin depannya.Siti tidak mampu bertahan merenung mata yang tajam itu sekali lagi.Dia juga tahu Ahmad berkecil hati dengan kata-katanya.DIAM.Tidak ada sepatah katapun lagi yang terungkap didalam kereta.SUNYI.Aliff juga menjadi buntu.Tidak tahu mahu berkata apa.Sesekali Siti melihatnya lagi.Namun masih terpancar rasa marah Ahmad padanya.
“Hah!!Sampai dah kita….”Aliff bersuara memecahkan kesunyian.Cepat-cepat Aliff keluar dari keretanya.Siti juga.
“Liff….aku pergi dulu.!!”Kata Ahmad.Kelat wajah Ahmad tadi.Memandang pada mereka pun tidak.TEGANG.Terpinga-pinga mereka berdua mendengar kata-kata Ahmad.Laju dipacu keretanya.Berlalu meninggalkan Siti mahupun Aliff.
“ishhh….Siti lah nih!!”Aliff menyalahkan Siti saat ini.Dia tahu Ahmad marah dengan ungkapan benci dari Siti itu.
“Dahlah!!Dah lambat nih..kesian kak Irma dari tadi tunggu kita…”Siti mengelak dari memikirkan tentang Ahmad.Ada benarnya kata-kata Aliff tadi.Namun Siti malas untuk memikirkannya.
“Ari dah la hujan…ishhh..risaulah Along dengan Ahmad nih..bahaya bawa kereta laju-laju…jalan dah la licin..ishhh..”Aliff mengomel lagi.Siti jadi buntu.Berkerut dahi Siti saat ini.Benar juga kali ini dengan kata-kata Alongnya.Dia jadi risau.Dipandangnya kebelakang,melilau matanya mencari-cari kelibat kereta Ahmad diluar kawasan hospital.Manalah tahu kalau-kalau Ahmad berpatah balik meletakkan kereta ditempat parking yang tersedia di situ.Namun kemahuan hatinya tidak kesampaian.Dia semakin kacau.Resah.
Tiba-tiba sayup-sayup kedengaran bunyi  telefon bimbit Siti,ONE IN A MILLION dari BOSSON.Cepat-cepat dirabanya didalam beg kecil yang disilang pada badannya.
“Ti..Along masuk dululah..”Sempat Alif mencuit bahunya.Siti mengangguk.Tidak sempat mendongak kerana mencari telefon bimbitnya.
“Hello……”Siti menyapa.
“Betul kau benci aku???”Tersentap Siti mendengar suara itu.Bahasa yang agak kasar dari Ahmad.Tajam kata-katanya melanggar gegendang telinga Siti.
“Apa nih??”Siti cuba mengelak dari menjawab soalan itu.
“Benci benar kau dengan aku sekarang nih yeh??”Kata Ahmad lagi.Tersandar Siti didinding luar bilik di wad itu.Tangannya menutup mulut.Rasa bersalah juga menyinggah di hati.dia tidak sengaja berkata begitu.Namun sudah pun terlepas cakap.
“Siti!!Aku tanya kau nih!!Betul kau benci aku??”Tegas soalan itu dari mulut Ahmad.Siti tunduk.Sebak menyalahi diri.Tidak dapat bersuara.Kelu lidahnya sekarang.
“Jawab Siti!!jawab!!”Disambung kata-katanya.
“Arghhhh….arrgggghh…”Lidahnya kelu.
Tiba-tiba………………
“PONNNNNNNNNNNNN”Kuat kedengaran bunyi hon didalam telefon Siti.Bingit.
“TUT…TUT…TUT…….”Talian terputus!Dicuba Siti menghubunginya berkali-kali.Namun tidak berjawab.Terketar-ketar jarinya memicit butang hijau di telefon bimbitnya.Jantungnya berdegup kencang.Resah!Dicuba lagi menelefon Ahmad.GAGAL!Hampa juga dia mencuba.Beberapa saat selepas itu telefon Siti berdering pula.
“Hello……”Siti bersuara.
“Hello..hello..siapa nih..hello…….tuan kereta nih accident….hello helooo…”
.-TAP-talian terputus.Didail beberapa kali lagi nombor telefon Ahmad.Namun Siti gagal.
“Aaaabanggggg…….”Siti buntu.Terduduk Siti tidak berkata apa-apa.Sesuatu telah berlaku!!AHMAD!!Tiada lain difikiran Siti.Ahmad dalam bahaya.Bagai tertiarap Siti disitu juga.Longlai tubuh badannya saat ini.Bercucurah airmatanya membasahi pipi.Tersandar dia di tepi dinding.BUNTU!!Mujurlah kedudukan bilik ibunya agak tersorok dari orang ramai.Siti menangis tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
“Abangggg…..”Menangis Siti seorang diri di situ.Memeluk kedua-dua lututnya.
“eh..Siti kenapa nih..?Irma keluar dari bilik mak Nah.
“Dik…kenapa nih???.”Meluru Irma mendapatkan Siti.Irma memegang wajah Siti.
“Abang Ahmad accident…..”Terketar-ketar suara Siti saat itu.
“Hah!!Apa??”Irma terkejut mendengarnya.
“Kat mana dik…??Soal Irma.
“Tak tahu kak….”Siti memeluk Irma.Mereka buntu.Siti memeluk kemas pelukkan Irma.Timbul rasa bersalahnya pada Ahmad.
“Jap..akak panggil Along…”Cemas Irma saat ini.Cepat-cepat dia cuba mendapatkan Alongnya.Siti sendirian diluar bilik.Tersandar di tepi dinding.Bertubi-tubi rasa bersalahnya datang menghentam hati.Segala kenangannya bersama Ahmad terimbau kembali.Bercucuran airmatanya mengalir ke pipi.
“Abangggg…maafkan aku……………”Dipejamkan matanya rapat.Terduduk Siti sekali lagi di situ.
“Abangggggg…maafkan Siti……”Tiada ungkapan lain yang mampu diungkap lagi.Wajah Ahmad datang kembali dimatanya.Renungan yang tajam sebentar tadi membuatkan hati Siti luluh menyesali diri.Dia menangis tidak henti-henti………..YA!TUHAN-KU…AKU MOHON KAU SELAMATKAN DIA…AKU MOHON.....YA!ALLAH….SELAMATKANLAH DIA…..SELAMATKANLAH DIA………….-AMIN-

SEPTEMBER MUSIM CINTA-BAB 23

      “Tepi lah!!”Suha menepuk buntut Ahmad.Ahmad menepis tangan Suha yang sudah tersedia memukulnya.Dia berganjak dari  depan televisyen.Dari tadi dia mundar-mandir di situ.Suha menjeling tajam padanya sambil menjamah keropok keping yang digorengnya tadi.Suha yang sangat asyik menonton naik baran juga dibuat kerana mengganggu penglihatannya.Ahmad memandang Suha.Dia tersengeh.Lupa dia saat itu adiknya sedang ralid dengan drama kesukaanya petang itu.SIONG.Ahmad berlalu ke dapur pula.Tidak senang duduk dibuatnya.Ada gundah yang mengacau jiwanya.
Mak Anum yang tengah mengacau air,menoleh sambil melihat gelagat anaknya, Ahmad yang tidak keruan itu.Diperhatikannya lama.
“Mak tengok macam ada yang tak kena je nih…..kenapa?”Soal Mak Anum yang masih menanti jawapan dari Ahmad.Ahmad hanya senyum.Dia mengacau lagi air didalam teko diatas meja makan itu.Dua beranak ini bertentang mata.Ahmad datang menghampiri ibunya.Dia duduk dikerusi berdepan dengan Mak Anum.Jari telunjuknya menggores-gores meja.Terkadang menggaru lehernya yang tidak gatal itu.
“Ada yang tak kena ni kan….apa..?Cakaplah….”Mak Anum tenang menanti jawapan.Dia kenal benar dengan anak jantannya itu.Dahi berkerut-kerut.Muka kelat mengukir senyum,kegelisahan itu terpancar diwajahnya.
“Ada apa nih…cakaplah…”Mak Anum setia menanti.Dia menarik kerusi dan duduk ditepi Ahmad.Ahmad masih menggores-gores jarinya di meja makan.
“Ishhh..janganlah buat cam tuh,sengal gigi mak lah!!”Mak Anum menepuk tangan Ahmad.Berhenti dia berbuat begitu.Kedua-dua keningnya terangkat.Bergaris-garis dahi Ahmad saat itu.
“ermmm…..Mak..!!”Suaranya terputus di situ dan digaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.Dia tunduk dan sesekali melirik matanya pada Mak Anum.
“Apa….cakaplah!!”Mak Anum menanti penuh kusyuk.
“ermmm……erm…………..”Dia menggaru-garu lagi kepalanya,bibirnya seperti biasa diketap-ketapkannya..
“Apa…cakap la cepat…ishh…”Mak Anum meninggikan suara.Ahmad tetap menggaru kepalannya berulang-ulang kali.Tidak tahu mahu dimulakan bicara.Senyap seketika.Namun dua beranak ini sesekali bertembung mata.
“Apa……cakaplah…..Mak dengar nih..”Kata Mak Anum setia menanti.
“Mak!Pinangkan Siti untuk Abang..!?!”Sangat jelas butir-butir ayat dari Ahmad.Tertelan jua air liurnya itu.Begitu juga dengan Mak Anum.
“Hah??Apa?!”Mak  Anum sentap.Air yang dicurah kedalam cawan terbabas dek kata-kata Ahmad.Tumpah.Ahmad bangun dari duduknya dan segera mencapai kain pengelap di kerusi sebelah kirinya.Cepat-cepat dia membantu mengelap air yang tertumpah tadi..Mak Anum terpinga-pinga sambil menggaru kepalanya juga.Mak Anum bangun dari tempat duduknya pula.Dekat dia menghampiri Ahmad.
“Demam ke apa kau ni Bang…?”Tangan Mak Anum menyentuh dahi Ahmad.Hampir-hampir tidak percaya orang tua itu dengan kata-kata anak sulungnya itu.
“Mak ni orang cakap serius…kata demam pulak….”Kata Ahmad.Dia melangkah ke sinki membasuh kain pengelap tadi dan datang kembali menarik cawan dekat dengan tangan ibunya yang duduk semula dikerusi.Dia meneguk air kopi yang telah diisi tadi sambil diperhati oleh Mak Anum.Lega.Dia sudah melepaskan rasa yang terbuku dihatinya.
“Bang…….bukan ke Siti tuh dah ada yang punya………?”Mak Anum cuba menjelaskan.Panjang helaan nafas mak Anum ketika itu.Ahmad melirik matanya pada Mak Anum sambil menggaru kening kanannya.Gatal.
“Mak Abang tak kira…Abang nak Mak pergi pinang Siti untuk Abang jugak!!”Ahmad semakin berani dengan keinginannya.Tegas kata-kata Ahmad tadi.Dia bangun dari duduknya.Dia menuju keatas rumah.Masuk kedalam biliknya.Mak Anum melihat gelagat anaknya itu.Dia jadi serba salah.Dia juga bangun dari duduknya semula,perasaannya juga bercampur-campur saat itu.Gelisah.Kata-kata anaknya sebentar tadi terjawab dek persoalannya selama ini.Tidak dia menyangka Ahmad masih suka pada Siti.Pernah Ahmad menyuarakan isi hatinya itu setelah beberapa bulan Ermiza memutuskan pertunangan dengan anaknya.Puas dipaksa akhir Ahmad bersuara juga,menceritakan hal sebenar yang berlaku antara dirinya dan Ermiza padanya.Tidak lama dari peristiwa itulah Ahmad menggagahi hatinya berkongsi cerita dengan ibu tersayangnya mengenai hubungannya dengan Siti..Terkejut juga Mak Anum dengan pengakuan Ahmad tentang hubungan itu.Dia sangat teruja mendengar pengakuan Ahmad waktu itu.Namun kesilapan Ahmad meninggalkan Siti dan memilih Ermiza membuat hatinya juga patah.Ingin benar saat itu mahu meminang terus Siti buat anaknya,namun Mak Anum terpaksa menyimpan hasratnya untuk melamar Siti setelah dia sendiri melihat gambar Siti dan Dafi sikit masa dulu dan Ahmad terpaksa menyekat kemahuan hatinya.Tidak jadi Mak Anum pergi merisik Siti waktu itu.Ahmad dengan segeranya mematikan hajat dihati kerana dia sudah berputus harap.Melihat gambar-gambar Siti bersama kekasih baru dan kesahihan kata-kata Yusra dan Najihah yang sebegitu rapat dengan Siti itu memusnahkan impian Ahmad untuk memujuk mahupun menjalinkan semula kasih yang terlerai.Mak Anum terpaksa akur dengan kehendak anaknya.Tidak mahu dipaksa ataupun memaksa.Walau cuba dinasihati menghubungi Siti.Ahmad tetap bertegas dengan pendiriannya.Tidak mahu diganggu gadis itu.Mana mungkin Siti mahu kembali semula memintal kasih dengannya.Kesilapan Ahmad dulu sangat-sangat meremukkan hati Siti.Dia malu untuk mengakui kesilapannya.Apatah lagi mengganggu Siti yang sudah bahagia itu.Namun tidak tahu mengapa sekarang ini Ahmad begitu bertekad dengan keinginan hatinya yang membuak-buak hingga dia tidak peduli Siti yang sudah memiliki kekasih hati.Dia begitu tercabar dengan kepulangan Siti apatah lagi kata-kata Aliff semalam sangat mengganggu fikirannya.
Mak Anum juga tidak senang duduk di dapur.Dia naik ke atas menuju ke bilik Ahmad.Masih mahu mendapatkan kepastian sekali lagi.
“TUKK!!TUKK!!”pintu bilik Ahmad diketuk Mak Anum.
“Bang……”Mak Anum memanggilnya diluar bilik.
“Ye Mak..”Sayup suara Ahmad kedengaran.
“Buka pintu nih..mak nak cakap sikit...”Kata Mak Anum.Ahmad datang membuka pintu biliknya.Mak Anum meluru masuk.Dia menarik lengan Ahmad.Ahmad mengekor saja.Duduk mereka berdua diatas katil Ahmad.Suha asyik berbaring di kerusi depan televisyen rumahnya.Tidak tahu apa-apa.Namun sempat dia mengalih pandangannya itu pada jangkahan ibunya sebentar tadi.
“Pasti ada yang tak kena nih….Ni mesti kes berat nih…..kalau tak  mahunya  Abang duk mundar-mandir depan aku tadi..hemmmm……jeng.jeng..jeng….”Suha bangun dari baringannya.Perlahan-lahan kakinya menjinjit memijak lantai rumah.Dia datang betul-betul mengendap ditepi pintu bilik Ahmad.Sangat berhati-hati Suha saat itu.Memasang telinganya ditepi langsir bilik itu.
“Abang pasti ke kali nih nak suruh mak pinang Siti??”Soal Mak Anum.
“Mak…Abang nekad kali nih mak..soal Siti setuju atau tidak itu hak dia…pada Abang…inilah masanya….belum cuba belum tahukan mak??!!”Sangat berkeyakinan Ahmad kali ini.Dia tekad.Sudah tidak mahu lagi tenggelam dalam arus yang makin menjauhkan dia dari Siti.
“HAH!!???Abang nak pinang Kak Siti??Biar betul…..Ishhh….cam best jerrr..story nih..ihikkk……”Suha tetap memasang telinganya.Hatinya mula berbunga kembali.Girang mendengar kata-kata Abangnya itu.Tidak peduli lagi soal lain.Terutamanya soal Siti dan Dafi.Suha juga pernah melihat gambar-gambar Siti bersama Dafi dalam facebook Siti dulu.Hatinya juga tidak keruan melihat gambar-gambar itu.Tidak mahu mengkritik atau memujuk kak Sitinya.Bimbang Siti marah pada Farina yang berjanji memegang rahsianya dengan Ahmad sikit masa dulu.Saat ini apa yang difikirannya hanyalah satu!SITI DAN AHMAD!Terpancar jalan yang terang didepan matanya kini.Senyum meleret Suha dari tadi.
“GUPP”Kepala Suha terhantuk dek bucu dinding permukaan tepi pintu bilik Ahmad.Mereka di dalam bilik terpandang.Agak terkejut dan mengintai cari datang dari mana bunyi tadi.Kelihatan Suha sedang menggosok kepalanya yang agak sakit terhantuk.Jelas Suha ada di situ samar-samar sebalik langsir bilik Ahmad.
“Suha!!”Tegas suara Ahmad saat itu.Mak Anum melirik tajam.Suha tersentap malu.Dia tunduk sambil menggosok-gosok kepalanya.
“Buat apa kat situ!!?”Soal Ahmad pada adiknya.Tajam juga renungannya pada Suha.Suha datang mnghampiri mereka.Rasa bersalah berbuku di hati Suha.
“Suha buat apa kat situh!!”Ahmad menyoal sekali lagi.Mak Anum hanya memerhati.Tidak mahu bertanya.Terdetik dihatinya Suha sedang mencuri dengar sebentar tadi.
“Ermmm..sorry..Suha tumpang dengar…ermmm…sorry…”Suha hanya mampu memohon maaf.Dia masih tunduk mengaku kesilapan.
“Abang tak suka Suha buat macam nih…!!”Ahmad bangun menghampirinya.Suha makin kecut,hatinya berdegup kencang.Mak Anum resah.Bimbang diperbuat sesuatu oleh Ahmad pada anak bongsunya itu.
“Abanggg….”Mak Anum cuba menarik lengan Ahmad.Namun tidak sampai dicapai.
“Tengok…!!”Ahmad datang rapat pada Suha.Dia menyelak rambut Suha dan meniup-niup dahi adiknya itu.Suha tunduk dan hatinya menjadi sebak.Dia terus memeluk Ahmad.Tidak tahu mengapa hatinya seperti disiat-siat saat ini.Sebak.Terasa juga seperti menanggung sama apa yang Abangnya rasa.Menyimpan rasa cinta beberapa tahun ini terhadap Siti.Pasti begitu banyak  kerinduan yang menggumpal hati..Suha tahu Abangnya sudah tidak mahu terus menyiksa diri.Sudah tiba masanya Ahmad bangkit dari kegagalan cinta lamanya.Dan perlu merebut kembali cintanya yang mungkin sudah tiada buat Siti.
Suha memeluk erat Abangnya itu.Seperti tidak mahu dilepaskan.Sayangnya melimpah-limpah pada Ahmad.Terasa dia sangat disayangi saat itu walau pada mulanya dia menyangka Ahmad datang mahu  menampar atau mungkin diherdik sekejap tadi.Namun dugaannya itu salah.Ahmad senyum dan membalas pelukkan darinya.Suha bernafas lega dan tenang dipelukkan Ahmad. Mak Anum senyum sambil menggosok dadanya melihat dua beradik itu.Dia menarik nafas lega.Ada sebak juga yang bertanda dihatinya.
“Maaf bang….”Dalam suara Suha mengukir kata maafnya .Dia sudah menangis.Terharu hatinya mendengar berita itu.Walaupun masih tidak pasti sama ada Siti menerima atau pun menolak lamaran Ahmad.Dia tetap merasa sebak.Padanya ini adalah permulaan yang baik dari Abangnya.Suha melepaskan pelukkan itu.Dia mengelap airmata kegembiraannya.Mak Anum yang memerhati juga sedang mengelap airmatanya.
“Takpelah..Abang tak marah pun..saja je tadi tuh…lain kali tak payah intai-intai…..masuk je lam bilik Abang..”Kata Ahmad.Suha senyum kambing sambil mengelap airmatanya..
“Eleeeh…kalau masuk terus pun pasti Abang marah…”Kata Suha yang mula senyum padanya itu.
“Mana ada..tak marah pun…”Ahmad pula bersuara.Mak Anum senyum menggosok bahu Suha yang datang duduk sebelahnya sebentar tadi.
“Yer ke  tak marah….??”Suha mengesat airmatanya yang yang masih berbaki.
“Tak marah laaaaaa…”Ahmad mencubit pipi gebunya itu.Suha menepis.Sakit.Dia menggosok pipinya pula.Agak sakit dicubit Ahmad.
“Eeeeleh..mengada-ngada…dulu Kak Siti ada lam bilik nih Abang marah sakan kat dia!!Inikan pula Suha…..tak tau la Suha macam mana pulak kena marah kalau main serbu masuk jerk..…ntah-ntah kena tendang terus tercampak keluar tingkap tu ha…..ihik!”Suha berseloroh.Jari telunjuknya menuding ke luar tingkap.Mak Anum senyum meleret.Ahmad pun.Terbayang wajah Siti saat itu.Gadis secomel SIti itu memukulnya dengan kotak tisu sewaktu dia cuba memujuknya dan tidak terlepas ingatannya terbayang juga wajah itu mencuit hidungnya sebulan yang lalu.Kerap benar ingatan itu datang mencuit hatinya.Semakin sayang mahu melepaskan Siti begitu saja ke tangan orang lain tanpa mencuba untuk kedua kalinya ini.Namun dia tidak mahu lagi memujuk Siti.Biarlah dia hanya mewaliki ibunya.Andai masih ada cinta buatnya.Pasti Siti akan kembali menyemai kembali taman hatinya yang sekian lama kontang itu.Pun begitu tetap ada kesal yang sangat menebal tatkala dia begitu tegar menyakiti Siti dulu.Cinta yang dicurangi dulu apakah masih ada ruang untuknya kembali.Itulah yang sentiasa mengganggunya akhir-akhir ini.Dia kembali menarik nafasnya yang tidak lega.Wajahnya kembali tegang.Terduduk dia di kerusi tepi meja di biliknya.Suha dan Mak Anum memerhati.Ada sesuatu yang berbuku di hatinya saat ini.
“Kenapa Bang….”Soal Mak Anum.
“Hemmmm…entah la Mak…..”Panjang dihela nafasnya.
“Berdoa banyak-banyak Bang..mohon semoga Allah membuka pintu hati kak Siti buat Abang…..GOOD LUCK!!”Suha bangun dari duduknya.Dia menepuk bahu Ahmad.Kelat Ahmad senyum padanya.
“Suha…jangan bagitau siapa-siapa tau…tak sure lagi nih……”Ahmad memesan pada Suha.
“Laaaa.apa yang tak sure nya….Caiyok!Caiyok!”Kata Suha yang menggenggam tangannya pada Ahmad sambil berkata dalam bahasa Jepun.CAIYOK iaitu BERUSAHA!!Suha senyum.Dia mengenyitkan matanya dan jari telunjuk dan jari hantunya diangkat pada Ahmad sekali lagi.PEACE!!Ahmad menggeleng-gelengkan kepalanya.Senyum. Suha melangkah keluar dari bilik Ahmad.Hatinya berlagu riang.Terasa seperti mahu meroyan.Suka dia dengan apa yang didengarinya tadi.Kedengaran lagu SELAMAT PENGANTIN BARU dari Allahyarhaman Puan Sri Saloma didendangkan oleh Suha  menuju ke dapur.Tersengeh Mak Anum dan Ahmad mendengar suara Suha menyanyikan lagu itu.NAKAL!!
“Heiii…Suha..Suha…ada-ada aje la budak tu…”Kata Mak Anum.Mereka sama-sama menggelengkan kepala.Ketawa.
“Apalah Suha tu mak….ahak…nakal tul la…”Ahmad mengetap bibirnya.Lucu dengan nyanyian tadi.Masih tersenyum dia dengan keletah Suha tadi.
“Abang……Mak harap abang pikir sekali lagi..pikir masak-masak…Mak memang dah lama suka Siti…Mak tak de hal kalau nak pegi pinang dia..tapi seelok-eloknya Abang cakap sendiri dulu dengan Siti.Itu yang lebih baik…sekurang-kurangnya kita tahu apa jawapan Siti nanti……”Mak Anum juga bangun dari duduknya.Dia mahu memberi ruang pada Ahmad untuk berfikir sedalam-dalamnya.Ada benar juga kata-kata dari ibunya itu.Dia mengangguk.Namun belum pasti mahu digagahi hatinya bertemu kembali dengan Siti.Membincangkan tentang hati.Sukar namun perlu dicuba.
“Mak..doakan untuk Abang ye…..”Dia berkata dan mengharapkan restu dari ibunya.Ahmad duduk dan cuba berbaring dikatilnya.Mak Anum mengangguk sambil mengukirkan senyuman.Dia melangkah menuju ke luar.Dia membiarkan Ahmad sendiri melayani hati  yang rawan.Berbaring kembali Ahmad di katilnya.Meletakkan lengan kanannya di dahi petang itu.Lama dia menyelami diri.Gundah jua yang tiba.Bimbang Siti menolaknya…
****
       Ahmad masih termenung dalam biliknya. Dia bangun semula dari baringan.Lama dia duduk di situ.Tiba-tiba wajah Aliff menyinggah di matanya.Suaranya lagi jelas di telinga Ahmad.Semalam dia bertemu Aliff di kedai kopi.Lama mereka berborak.Teringat Ahmad dengan kata-kata Aliff padanya waktu mereka asyik bersembang semalam.Semalaman Ahmad tidak lena tidur.Mengenang tentang apa yang dibicarakan Aliff.Apatah  lagi cerita itu menganai Siti.Kerana itu lah Ahmad berani menyuarakan hasrat untuk meminang Siti pada ibunya.
           Ahmad menjadi semakin kacau dari semalam tidak lena tidurnya..Jiwanya semakin sakit.Hatinya tersiat-siat dek kesilapannya sendiri.Gelisah dia memikirkan Siti.Semakin takut dia akan kehilangan Siti darinya…Jantungnya laju berdetak.Tidak bisa ditahan mahupun diredakan.Mahu saja saat ini ke rumah Siti dan menikahinya.Biar Siti tahu begitu dalam cintanya kini terhadap Siti.Suara Aliff datang kembali berbisik-bisik ditelinganya.Dia meramas-ramas rambutnya.Sakit namun hanya dengan cara itu dia mampu melepaskan kegelisahannya.Suara itu tetap berbisik ditelinganya.
“Hemm…nanti lepas Irma kawin…Siti pulak…….hemm….nampaknya aku pun kena kawin jugak nih Mat…”Aliff berseloroh.Namun sebentar tadi Ahmad sentap bilamana Aliff menyebut soal Siti.Hatinya jadi gelisah.Jiwa bertambah kacau.
“Kenapa??Siti dah nak kawin jugak  ke?”Ahmad cuba menutup rasa resahnya.Roti canai yang dijamahnya tadi semakin perlahan disuap ke mulutnya.Aliff masih rancak menyuap nasi goreng.Tidak tahu apa-apa.
“Agaknya la….katanya hari Irma nikah….keluarga Dafi tuh nak datang rumah..mungkin merisik terus kot…..”Kata Aliff.
“Siapa Dafi?”Ahmad yang sedia tahu nama dan sudah melihat gambar lelaki itu,pura-pura menyoal ingin tahu.
“Bakal suami Siti….belajar sekali kat Australia nun….alah yang Najihah bagitau ari tuh la kat mak kau tuh…apa??yang dia tengok Facebook Siti kat umah kau tuh…...”Kata Aliff lagi.
“Ooooooo…budak tu eh…”Ahmad mengiakan.Aliff mengangguk.
“Dah kau nih…perlahan jer jamah roti apsal?Sakit???”Aliff menyoal.Ahmad tertelan air liurnya.’Sakit’ yang dimaksudkan Aliff itu membuat dia jadi betul-betul sakit.Seperti diperli rasanya.Tapi tidak mungkin Aliff tahu tentang mereka.
”Tidak mungkin Siti menceritakannya.”Bisik hati Ahmad.
“Ishh….sakit apa pulak…ni…..kuah kari nih sikit sangat…tak ummppppss  la..”Sempat Ahmad mengelak kata-kata Aliff.Walaupun Aliff tidak tahu tentangnya dan Siti.Ahmad tetap menutup rasa gundah dihatinya.Bimbang kalau-kalau dia sendiri yang membocorkan rahsia hatinya itu nanti pada Aliff.Terkadang terfikir juga dia mahu menceritakan pada Aliff tapi masih dia bertahan.Tidak mahu mengeruhkan keadaan.Risau kalau-kalau kisah yang lama dibangkit kembali oleh Aliff.Terutama kisah sewaktu mereka berdua difitnahkan dulu.Mungkin diungkitkan kembali.
                 Ahmad bangun dari duduknya mengambil kuah roti canai di kedai Wak Lu.Lelaki 40-an itu sedia membantu Ahmad menceduk kuah kari kedalam piring yang dihulurkan Ahmad tadi.Aliff masih ralid menjamah nasi gorengnya.
“Terima kasih Wak….”Dia dan Wak Lu berbalas senyum.
“Shama-shama…”Pekat jawa Wak Lu masih ada walaupun sudah hampir 15 tahun tinggal di sini.Bernikah dengan Ashikin yang kecil molek anak tuan empunya Restoran roti canai ini.Mereka dikurniakan 7 orang anak.Namun Ashikin masih rampin menjaga tubuh badannya.Itulah yang membuatkan Wak Lu sangat sayang padanya.Wanita berketurunan india itu sangat disayangi suaminya.Jarang Ashikin di izinkan Wak Lu keluar dari rumahnya.Cemburu Wak Lu sangat kuat.Namun Ashikin seorang isteri yang solehah.Sangat menghargai suami dan mencurah-curah kasihnya pada anak-anak.
               Selesai makan di restoran Wak Lu tadi,Ahmad menghantar  Aliff balik ke rumah.Lampu depan rumah Aliff tidak terpasang.Agak gelap laman rumahnya.Namun masih kelihatan kelibat seseorang di serambi.Nyalaan lampu telefon bimbit ditepi telinga seseorang sangat jelas kelihatan.
“Oklah Mat..terima kasih la belanja aku tadi…”Aliff senyum padanya.Dia membuka pintu kereta Ahmad.Mata Ahmad tertumpu pada nyalaan cahaya ditelinga seseorang itu.Dia merenung kelibat dalam gelap itu.SITI!!
“Kau intai sapa Mat??”Aliff menyoal.
“Tak de siapa-siapa lah..”Ahmad tunduk seketika.
“Siti tuh..biasalah….bergayut dengan buah hati..kenalah gelap-gelap…baru romantik..”Aliff mencebik mulutnya diluar tingkap kereta Ahmad.Dia juga memerhati keletah Siti yang sangat mesra ditalian.Ahmad jadi cemburu.Sinis dia senyum pada Aliff.Hatinya jadi sakit.Lama diperhati.Siti datang sedikit dibucu serambi.Sengaja dia berbuat begitu.Supaya dia boleh membuktikan kepada Ahmad,dia mampu  memiliki cinta yang lain tanpa Ahmad.Ahmad cepat-cepat mengalihkan pandangannya.Malas ditenung lama-lama.Hatinya bakal dicalar Siti.BENCI!!
“Mat..apsal?cemburu ke?”Soal Aliff tiba-tiba.Ahmad jadi sentap.
“ishhh..kau nih ke situ pulak!!Oklah!Aku balik dulu!Assalamualaikum…”Cepat-cepat dia melibas stearing keretanya.Pedih hatinya saat itu.Kata-kata Aliff sebentar tadi juga buat dia jadi gelisah.Apakah Aliff perasan dengan riak pandangnya pada Siti sebentar tadi.Atau mungkin cemburunya itu jelas terpancar dimukanya….Dibiarkan Aliff terkumit-kumit menjawab salamnya.Aliff melambai tangannya.Ahmad mencuri pandang dari cermin kirinya.Gelap.Namun masih nampak bayang Si Aliff.Apatah lagi bayang Cik Siti kembang semangkuknya dulu itu,sangat jelas terpancar dek lampu keretanya sebentar tadi.Siti sempat juga mengelak cahaya yang terpantul terang kearah matanya.Sengaja sebenarnya Ahmad membuka lampu tinggi pada nyalaan lampu depan keretanya itu.CEMBURU!!
****

“Siapa tu Long??Tau la ada kereta besar…dah berduit..tapi jangan la suluh kita yang bergelap nih…..”Siti menggosok-gosok matanya yang pedih dek cahaya tadi.Aliff naik melangkah satu persatu tangga rumahnya.
“Lagi mau tanya ka…..”Agak senget senyuman Aliff pada Siti.
“Tak nampak ….Silau……….”Siti memuncungkan mulutnya.
“Kekasih awal dan akhir Siti la tuh…Che Ahmad Si pengembala kambing……”Usik Aliff.
“Huh!!Tolonglah Long….takde maknanyaaaaaaa..”Senget juga mulut Siti cuba menafikan kebenaran.Tidak suka diusik begitu.Siti memasukkan telefon bimbitnya kedalam poket baju tidurnya.Dia berjalan menuju ke muka pintu rumah.Dia sudah berada di depan Alongnya.Aliff memengang lengan Siti.Siti tersentap.Dia berpaling melihat wajah Alongnya dalam gelap.
“Sayang Abang Ahmad tak…?”Tiba-tiba soalan itu terkeluar dari mulut Aliff.Siti  terkejut.
“Apa nih Long!?!”Siti jadi kalut.Jiwanya kacau.Jantungnya berdegup kencang.
“Kalau sayang cakap…jangan pendam..nanti terlepas lagi….”Aliff melepaskan genggaman tangannya pada lengan Siti.Dia menepuk-nepuk pipi adiknya itu.Senyum.Namun lain benar senyuman Aliff kali ini.Seperti mengharap Siti pulang kembali pada Ahmad.Aliff melangkah laju dan membuka pintu depan rumahnyadan masuk kedalam rumah.Ada sesuatu yang tersedia diketahui Aliff tentang dia dan Ahmad.Siti bingung.Entah dari mana Aliff dapat menghidu hubungannya dengan Ahmad dulu.Terduduk Siti di kerusi luar rumahnya.Dia menggigit-gigit kukunya yang tidak panjang mana itu.Hati yang mahu membuat Ahmad cemburu tadi tidak lagi menguntum suka.Dia mengucau-ngucau rambutnya hingga kusut dan dibetulkan semula.
“Huh!!Ahhhh!!”Hampir gila dia sebentar tadi mengingati kata-kata dari Alongnya.
“Dah-dah la tuh..masuk…bahaya udara malam nih….cepat dapat sakit…….”Aliff datang mengintai Siti dipintu.Sentap Siti sebentar tadi.
“Masuklah..Abang Ahmad tak datang baliknya kat sini...tak yah tunggu..”Aliff tetap mengusiknya.
“Apa ni Long..Ishh rimaslah..”Cepat-cepat Siti bangun dan masuk ke dalam rumahnya.Aliff senyum sampai ke telinga.
“Dik……jap…jap..”Aliff sempat menarik tangan Siti.Siti hampir terjatuh.Berhenti dia melangkah.
“Apa….??”Soal Siti.Dahinya berkerut.Namun hatinya gundah.Jantungnya bergendang-gendang.
“meh duduk sini dulu…..”Aliff menarik Siti duduk di kerusi depan rumahnya.Siti mengikut saja.
“Apa..cepatlah cakap…”Siti menjeling pada Aliff.Mukanya mencuka .Tidak suka dikata sebegitu tadi.Aliff tetap senyum seperti ada taman dihatinya.
“Jap….. nak tutup pintu depan dulu nih….jap!!”Aliff menuju ke pintu depan dan menutup pintu besar rumahnya.Dia datang kembali mengadap Siti.Siti bangun.Malas dilayan Alongnya itu.Tidak mahu mengambil tahu dari mana Aliff tahu tentang mereka berdua.Apa yang terlintas hanya satu.AHMAD.Pasti Ahmad yang berkongsi cerita dengan Alongnya.Itu yang terlintas saat ini.Siti melangkah dari duduknya.Aliff memerhati.
“Jap la Siti!!”Aliff cuba menarik lengan Siti tapi Siti tetap melangkah.Aliff melangkah juga menghampiri Siti.
“TI…….KALAU DIBERI PILIHAN…ANTARA  DAFI DAN ABANG AHMAD……..SITI NAK MATI DALAM PELUKKAN SIAPA???”Langkah Siti terhenti.Rasa tertampar dengan soalan itu.Soalan Aliff tadi bisa membuat jantungnya terhenti berdegup.Seperti terhunus dek belati yang tajam juga rasanya.Bergoncang  juga jiwanya meratah kata-kata Aliff.Dia menarik nafasnya dalam.Sesak seperti tidak cukup oksigen saat itu.Siti mengiringkan badannya sedikit.Dia melirik tajam pada Alongnya.Senak dadanya mendengar kata-kata itu.
“Cakap apa nih Long..ishhhh gelilah mendengarnya??!!”Siti menafikan kegelisahan.Berkerut juga dahinya.Namun dia sempat mengukirkan senyuman sinisnya pada Aliff.
“Ishhhhh..apa aku mengarut nih….”Kata hati Aliff.Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.Nakal dia mengukiran senyuman pada Siti.Senyuman itu membuatkan pipinya meninggi sampai menutup matanya yang agak sepet itu.Siti menggelengkan kepalanya.
“Ermm..tak ada apa-apalah gurau je tadi…malam-malam biasala..sawannnn…hihiihihhiiihiihhii….dah la pegi lah tidur….bising-bising malam-malam nih kang mak bangun  pulak...”Cepat-cepat Aliff menukar topiknya.
“Apsal jiwang sangat malam nih Long..tadi keluar dating eh….”Siti mengusiknya pula.
“Ishhh..mana ada..kuar ngan Che Ahmad je lah!!”Tegasnya.
“Iyeeee la tuh…”Siti memuncungkan mulutnya.
“Ti…..agak-agak malam nih Siti mimpi siapa?Che Ahmad si pengembala tuh ke atau Dafi budak pandai tuh…. ”Aliff sekali lagi membalas usikan Siti.“Along dah melampau nih…..demam ke apa malam-malam buta nih..”Siti naik marah diusik sebegitu.Mencuka dia memandang Aliff.Aliff gelak sambil menutup mulut.Siti memerhati.Geram.
“Along ni kan….Maaa…..”Belum sempat Siti meninggikan suara memanggil Ibunya,Aliff terkam datang menekup mulut Siti.Siti sempat gigit tangannya.Cepat-cepat dia menarik tangannya itu.SAKIT!!
“Adoiii!Isssshhh sakitlah!!.”Kata Aliff.
“Padam muka!!Mulut tuh lain kali jaga eh jangan main tangkap muat jer bercakap tau!!”Siti menampar lengan Aliff dan menjelir juga.Cepat-cepat dia lari masuk ke bilik dan mengunci biliknya itu.Bimbang juga andai Aliff berlari memukulnya pula..Aliff datang rapat ke depan pintu bilik adiknya itu.
“TUKK..TUKK..”Aliff mengetuk pintu bilik Siti.
“Apa lagi Long..??”Soal Siti.
“Semoga malam nih mimpi orang tersayang yeh!?”Aliff masih mengusiknya disebalik pintu bilik itu.
“Selamat malam Long!!”Kata Siti.Malas dilayan Alongnya yang tengah ‘sawan’ itu.
“Selamat malam Ti….ihikkk.”Senyum Aliff berlalu dari bilik Siti.Dia meniup-niup tangannya yang sengal digigit tadi.Siti menyambar selimutnya dan menutup seluruh tubuhnya.Dia berselubung didalam selimutnya itu.Dipejamkan matanya.Memejam matanya sekuat-kuat yang mungkin.Namun mengapa tiba-tiba terngiang-ngiang kata-kata Alongnya menyinggah di telinga.Berkali-kali soalan itu menghentam jiwanya.Wajah  Dafi memintas dimata…Wajah Ahmad mencekam jiwanya…Dia menjadi resah…Berbolak-balik hatinya saat ini.
“ANDAI AKU DIBERI PILIHAN………..DAFI ATAUPUN AHMAD……AHHHHHH…..!!”Keluhan Siti semakin menyesakkan.Dipejamkan matanya kembali.Wajah Kedua-duanya datang menghampiri.Kata-kata Aliff benar-benar membuat Siti jadi kacau.Berulang-ulang persoalan itu bermain difikirannya.Dia seperti berada di antara dua simpang jalan yang berbeza.Kanan atau kiri.Tidak tahu mana satu arah yang mahu ditujuinya.
“ANDAI AKU DIBERI PILIHAN…DIA ATAUPUN DAFI…Ishhhhhhhh…..”Sekali lagi suara hatinya bertanya.
“Alongggggggggggg..kenapa kau seksa aku dengan soalan macam nih….arrgghhh…”Siti bangun dari baringannya.Dia meneguk air mineral didalam botol kecik ditepi katilnya.Dia berbaring semula.Malas sudah memikirkan persoalan tadi….Dia menutup kepalanya dengan bantal.Beristigfar Siti malam itu.Akhirnya Dia lena dalam kedinginan malam yang penuh dengan kesunyian itu.
“Abang….mengapa aku hanya mahu memelukmu….disaat-saat begini..kau tetap menjadi pilihanku..peluklah aku bang…..biar aku tenang dipelukkanmu………Abang…….”Siti mengesel-geselkan kepalanya didada Ahmad.Terasa hangat pelukkan Ahmad padanya malam itu.Sekuat mungkin dia memeluk Ahmad di alam mimpinya itu.Menari-nari didalam taman cintanya.Berdua menyemai cinta di singgahsana yang indah.Badannya mengensot sedikit memberi ruang untuk Ahmad menghulurkan tangan mahu memeluknya lagi dalam tarian cintanya.Namun tidak sempat Ahmad mencapainya….
“GEDEBUK”Siti jatuh dari katilnya.
“Arghhh…Adoi….”Cepat-cepat dia bangun dari jatuhnya.MAMAI dia saat itu.Menggenyeh-genyehkan matanya.Sakit namun terlalu mengantuk membuatkan dia kembali nyenyak di katilnya.Mujurlah ibu mahupun Aliff lena malam itu.Tidak mendengar bunyi ‘buah nangka’tergolek jatuh dek mimpi yang indah.Siti menyambung tidurnya.Tersenyum sendiri memeluk kuat bantal peluknya……….LENA……..