Siti memandang jauh ke luar tingkap,angin menderu menyelinap masuk kedalam biliknya.Dia memegang sebuah novel yang dijumpanya didalam sebuah kotak lama dibawah katilnya sebentar tadi.Sudah sekian lama, novel itu tidak dibaca.DONIA.Novel yang pernah menjadi kegilaannya.Sudah tidak terhitung berapa kali dia membacanya.Siti berlalu dari biliknya lalu menuju ke sebatang sungai, dibelakang rumahnya.
Tidak banyak yang dibacanya,dia mula menguapp...’ah!ngantuk la pulakkk....baik aku tido ..”Siti terbaring di celah-celah batu di tepi sungai belakang rumah.Dia gadis yang lincah,tidak hirau apapun jua kemungkinan yang datang,asal mengantuk aje..lam almari pun dia membuta,itulah Siti Nur Adirah!
"Siti..oooo..Siti....Siti oiii....”Mak Nah mencekak pinggangnya mengintai-intai anak daranya yang tak muncul-muncul...bisik hati kecilnya..."mana la budak betuah ni pegi....payah la nak mintak tolong…..ishhhh."
"Irma..kau tak nampak mane peginye adik kau..?"
"Tak"ringkas jawapan Irma.Irma sengaja membiarkan ibunya tercari-cari Siti,dia sudah malas untuk mendengar omelan ibunya sekiranya dia memberitahu yang Siti pergi mengacau Ahmad.”Pasti ada yang enggak beressss nihh kalo aku bisa-bisa ceritak sama emak!Bisik hati Irma yang suka sangat tengok cerita indon akhir-akhir nih..Senyum.
"Mana la perginya budak betuah nihhh...geram betullaaa...ishhhh"Mak Nah mengetap-ngetap bibirnya.Irma hanya memandang dari tadi,Irma mula menduga ke mana Siti pergi.Sedangkan adiknya itu..sudah lena dibuai mimpi ditepi sungai"tidak lain tidak bukan..tuan empunya kambing busuk itu jugak yang dia ushanya.."bisik hati Irma.Walhal Siti hanya singgah ke sungai untuk membaca novel kesayangannya itu.Mulanya,Siti memang bercadang hendak ke kandang kambing Che Ahmad,tapi berat pulak langkah kaki hendak menuju ke sana.Setelah dia terjumpa novel itu.Lagipun dia terkadang terasa malu jugak dengan pe’el nya sendiri..terhegeh-hegeh mengejar lelaki idamannya itu.Sedangkan Ahmad tidaklah memberi sebarang respon pun.Itu yang dia duga selama ini.Tapi dia tidak pernah berputus asa dengan usahanya itu…Cukuplah kalau dia hanya dapat melihat Ahmad mengukirkan senyuman kepadanya.
Mak Nah terus menuju ke sungai..dilihatnya Siti sedang terlentang tidur diatas batu ditepi sungai..hah!apa lagik….ditariknya telinga Siti tanpa was-was pun…
“Hoi”Mak Nah terus meluru dan menarik telinga Siti.
“argghhh….sakit makkk..adoiii….makkk..sakitttt..”Siti yang lena dibuai mimpi tersedar dek sergahan ibunya…telinganya dipulas-pulas oleh Mak Nah.
“argghh..ape ni makkk..adoii sakitt laaaa…..”
"Amboi..amboi..amboi….sedapnye ko membuta kat sini yer…tu…kain baju kau tuh..nak aku bako ke ape…tolong angkat yer..pastu..ko pegi umah Pak Long Hasan,ko…hanta baju Mak Long Senah ko yg dah siap aku jahit tuh”rengus ibunya.Sambil mengheret Siti sampai ke rumah.
“adoiiiissshhhh…sakit la mak..sakitt laa…kot ye pun kejutkan la leklok..”sambil menggosok telinganya yang sudah merah dipulas..mulutnya mula memuncung ke depan mendengar ibunya mengomel.
“ala..mak nih..cam mak tiri la….sakit tau….cium kang.ha.ha..cium kang…….muahh….sayanggg mak…jgn la marahhh..ni haaa kedut-kedut kat dahi ni dah makin banyak mak…sabo mak…”Siti cuba memujuk ibunya..dia tahu mak Nah sangat mudah dipujuk.Terasa jugak dengan komen anaknya itu,dia meraba-raba dahinya,membilang garis-garis kedut di dahi.
“Ok..Siti mandi jap pastu Siti hantar kain tuh kat umah Mak Long…yer..???yer..??yer..mak yer..??Ibunya tersenyum dengan kata-kata anak manjanya itu..Cuma kadang-kadang dia hilang sabar dengan Siti kerana anak manjanya yang kini sudah menjadi anak dara sunti..masih berperangai kebudak-budakan.Bukan dia tidak tahu ,selalu jugak jiran-jiran sebelah menyampaikan cerita bahawa Siti selalu kelihatan ke kandang kambing mengacau Ahmad bekerja.Kadang-kadang malu jugak mak Nah dengan karenah Siti.Sudah berbuih mulut dinasihatinya,Siti tetap tidak peduli.Mujurlah hari ini Siti tidak ke sana.bisik hati mak Nah.
“Mak..,kain Siti dah angkat..manenye baju mak long Senah?Siti nak anta nih..”mak Nah menghulurkan kain yang telah dijahit kepada anaknya.Dalam fikirannya,lepas nih singgah kat kandang kambing la tuh!mak Nah menduga.
Sebelum melangkah keluar sempat jugak mak Nah bersuara”ha..lepas hantar kain tuh..jangan nak menyimpang kat kandang kambing 'orang tu' pulak yerr….balik cepat….”kata mak Nah menyindir.
“Ala...mak ni…ke situ pulak”kata Siti,walaupun dia tahu hatinya sedang berbunga-bunga bila di usik begitu..Sehari tidak kelihatan,bisa membuat hatinya gundah.
Irma yang sedang melipat kain juga turut menyampuk”alahai….cam tak biasa……dik..kalau singgah kat sana jgn lama2..nanti melekat bau kambing che Ahmad kat badan ko…cepat balik tau!!’usik Irma..
“Adoi..sakit makkk….”tetiba Irma terasa seperti semut merah menggigit lengannya,mak Nah sempat mencubit anak daranya sorang lagi nih..kakak kepada Siti..yang jarak usianya hanya berbeza 2 tahun sahaja,Siti berlalu dengan basikal merahnya,dikayuh sekuat hati supaya cepat sampai ke destinasi.
“Assalamualaikum……?”suasana rumah sunyi.
“assalamualalaikummmmm…….?”sekali lagi Siti memberi salam."mana la pulak orang kat rumah nih..pintu terbukak,tingkap terbukak..ishhh…"bisik hatinya…tiba-tiba…datang suara dari belakang…
“walaaikumsalam….”nada yang lembut,suara yang sangat-sangat Siti kenali.Siti segera berpaling.Dilihatnya Che Ahmad sudah tercegat dibelakang,tersipu-sipu Siti bila berhadapan dengan Che Ahmad Shahiruddin kesayangannya itu.Walhal,bila di kandang kambing banyak pulak idea nak di usik Ahmad.silap-silap,itik atau angsa kat situ pun Siti peluk dah lemparkan pada Ahmad.
Siti tunduk,tapi tidak lama.Siti mengangkat mukanya.Mereka berpandangan.Ahmad mengukir senyuman.Malu.Mata mula bertentangan,hati mula tidak keruan.Siti menggaru-garu kepala..tidak ada sepatah ungkapan selepas berbalas salam antara mereka tadi.
“PRANNNGGGG..”tiba-tiba kesunyian memecah lamunan.Mereka tersentap,pandangan mereka tertumpu pada rumah pak Long Hasan.Tanpa berlengah Ahmad dan Siti bergegas naik ke rumah Pak Long.Bunyi deraian kaca yang pecah itu datangnya dari dapur,
“Ya!Allah..mak Long....bangun…bangun mak Long…..”Siti mengangkat leher mak Long Senah yang rebah di tepi meja makan.Ahmad membantu Siti yang cuba membangunkan mak Long..mereka mengangkat mak Long dan dibawa ke sudut kerusi panjang yg terletak di tepi bucu dapur.
“Mak Long…..bangun la……”kata Siti sambil menepuk perlahan pipi orang tua yang berusia lewat 60-an itu.Dia cemas melihat wajah mak Long yang pucat bagai tidak berdarah.Ahmad membantu meletakkan kusyen dikepala mak Long Senah nya.
“Jap.. Ti…abang amik kan air..kita sapukan kat muka mak Long nih…Jap,Ti..ek..Siti tunggu jap”Ahmad melepaskan genggaman tangannya dari mak Long,dia masih diam.Ahmad bergegas ke sinki…mengambil segelas air.
“Nah,airnya..Siti sapu kat muka mak Long...”nada lembut itu bikin jiwa Siti menjadi kacau.Aduh!
“sapu eh bang..?Ahmad tersenyum sambil mengangguk kan kepalanya.Siti perlahan-lahan menyapu air ke muka mak Long Senah..dua tiga kali jugak Siti menyapunya.Tidak ada sebarang respon,masih tidak bergerak mahupun membuka mata.Dicubanya lagi.Yes! Berjaya!
“Mak Long……”Ahmad menegurnya, pelahan-lahan dia membuka mata.Dibuka matanya,yang agak kelam..dikecilkan anak mata mahu dilihat siapa,lantas dilihat dua anak muda ini di sisinya.Dia cuba membina kekuatan untuk bangun.Pening.Hanyut.Bagai dipukul ombak.. Dia menggosok-gosok kepalanya yang sakit,mungkin terhantuk kuat dilantai tadi.Nasib baik tidak berdarah.
“Kenapa ni mak Long??tanya Siti,sambil mengosok-gosokkan bahu dan kepala mak Long.,iintai-intainya jugak kalau-kalau kepala orang tua itu berdarah ke tidak.Mujurlah bengkak sahaja ditepi kening mak Long.
“Ntah la Ti....tadi mak Long nak minum air..tetiba gelap mata..”Kata mak Long Senah.Dengan suara yang agak tersekat-sekat.
Ahmad bingkas bangun menuangkan air suam yang sedia ada diatas meja makan,diberi mak Long minum.Tanpa berlengah mak Long menghirup air.Dahaga.Dihulurkan semula kepada Ahmad gelas tadi.Ahmad memegang gelas itu dan bersimpuh duduk depan mereka berdua.Sempat jugak Ahmad menilik-nilik dahi mak Long nya yang dah membengkak itu.
“mujur tidak berdarah mak Long…” Ahmad bersuara.
“mak Long..… bahaya la…..selalu ke camni…..risau la plak Siti tengok…”kata Siti.
“Yusra ngan Najihah pegi mane??”Tanya Siti.
“Diorang pegi sekolah,ade sukan katanye..”pelahan nada mak Long menjawab soalan dari Siti,biarpun agak lemah,dia cuba juga menjawab.Biasanya mak Long jarang duduk di rumah sorang-sorang.Tapi hari ini,dua cucunya itu sibuk dengan aktiviti sekolah.Mereka berdua dari kecil tinggal dengan mak Long,anak sulung mak Long,Sufi dan suami,terlalu sibuk hingga terpaksa tinggalkan anaknya kepada mak Long,Dia berkerja di Bandar.Jarang benar baliknya ke kampung.
Ahmad duduk bersila mengadap mak Long. Sempat jugak dia mencuri pandangan pada Siti.Siti buat –buat tidak nampak.Malu la tuh.Kalau dibalas pandangan kang mau pengsan dia kat situ jugak.Sah!Angau.
“mak Long ade darah tinggi ke?”Tanya Ahmad
“a’aaa…”mak Long mengangguk.
“Kita pegi hospital nak??Mat balik amik kete…kita ke hospital ye mak Long??Ahmad memujuk.
“biar la dulu Mat…mak Long rasa dah ok skit nih.”mak Long masih terbaring dikerusi.matanya dipejam,tangannya memicit-micit dahi,mungkin masih pening.
“jangan cam tuh mak Long…baik pegi hospital ..pegi cek…”siti jugak memujuk.
“takpe..nanti mak Long makan ubat…”mak Long berkeras tidak mahu ke hospital.
“tak boleh macam ni mak Long…bahaya…..”Ahmad memujuk lagi.Siti mengangguk.mengiakan kemahuan Ahmad.
“Takpe..takpe..nanti-nanti baik la tuh…”mak Long berdegil.
“kalau macam tuh..mak Long rehat la yer…baring mak Long..”Siti menepuk-nepuk kusyen empuk belakang badan mak Long.Ahmad akur.Dipaksa karang bimbang mak Long naik marah pulak kata hatinya.
“Pak Long mane?Tadi janjinya nak suruh saya datang…”Ahmad menyambung bicara.
“Ntah la dari tadi tak balik-balik…”kata Mak Long lagi.Ahmad mengangguk-ngangguk kepala tanda paham.Ntah apa yang pak Long Hasan mahu..hingga di suruh Ahmad menjengah ke rumah.”Biasanya jarang Pak Long menyuruh aku datang…entah la…”bisik hati Ahmad.
Tetiba suasana sepi.mak Long cuba membaringkan tubuh lemahnya diatas kerusi panjang didapurnya itu.Siti membantu membaringkan mak Long Senah.Sesudah itu,Siti bingkas bangun,segan duduk mengadap Ahmad,lagipun mak Long ingin berbaring.Siti bangkit dari duduknya.
Sambil berkata.“tepi skit bang….Siti nak kemaskan kaca tuh..”Ahmad mengangkat lipatan silanya, yang hampir menyekat laluan Siti.Siti bersuara lagi setelah berjalan meluru ke tepi meja tempat mak Long jatuh tadi.Dia sudah membelakangi Ahmad.Duduk dan mengutip kaca gelas dan piring kecil yang jatuh pecah berderai sebentar tadi.Dia mengutip perlahan-lahan dan sangat berhati-hati.Bimbang kalau-kalau terkena jari ataupun kakinya.
“abang kalau nak balik takpe la..biar Siti jaga mak Long”kata Siti serius sambil mengcangkung dilantai..matanya dikecilkan.Taat mencari kaca yang mungkin tidak dilihat oleh mata kasarnya.Ahmad memerhati.
“takpe la.abang nak tunggu pak Long...abang datang ni pun ade hal nak jumpa pak Long..tadi janji kul 5,tapi dia plak takde..takpe la abang tunggu je”kata Ahmad yang mengintai Siti dicelah kain alas meja.Mereka berpandangan.Siti senyum.Ahmad pun.Ah!bahagianya..
’’Ti,kita jaga mak Long sama-sama ek..’’kata-kata itu membungakan hatinya..bagai ada rama-rama menggeletek perut.Apa ketidaknya..”menjaga Mak Long sama-sama…….ah!bahagiaaaanyeeeee…” kata-kata itu membuat Siti hanyut ntah kemana-mana…berangan!
Tiba-tiba Siti beradoi..“adoi…uisshhhh…arghhhh..”lamunan Siti terhenti. Jarinya ditusuk kaca.Baik punya parking kaca tuh dijari telunjuknya.Siti mengetap bibir menahan sakit.Ahmad menoleh.Mak Long Senah sudah lena dibaringan.Tidak tahu apa yang berlaku…
“kenapa Ti..?’’Ahmad bergegas bangun,dia melepaskan tangannya yang memicit-micit kepala mak Long yang terlena dipicit..Dia meluru ke arah Siti..membongkok tubuh gagahnya mengadap Siti.Jantung Siti berdegup kencang.”Oh!Tidak…Mau seram sejuk aku dibuatnya….. jangan terlalu rapat..aku takut!!”Siti mengomel dalam hati.Tapi digagahi menjawab soalan Ahmad sebentar tadi.
“tangan Ti masuk kacalah...…ishh…”Manja sungguh suara Siti menjawab soalan Che Ahmad nya itu,sambil dia cuba mencabut kaca itu.Sakit.Dalam tertusuk telunjuknya.Siti memejam mata cuba mencabutnya.
“mane…??meh abang tengok….biar abang tolong cabutkan”Ditarik tangan Siti…Siti sentap!Perlahan dipegang tangan Siti,ditampu jemari runcing putih gebu itu bersimpuh lembut ditelapak tangan jantannya.Dia mencuba.Perlahan ditarik kaca yang mencucuk jari runcing gadis itu.Tidak berjaya.Ahmad gagahi diri melihat darah,dia tidak mahu Siti tahu bahawa dia terlalu takut sebenarnya dengan darah..bisa pitam sebenarnya.Tapi Ahmad tetap membantu...Siti.lemas dalam kemelut hati..darah dijari tidak dihiraukan...Siti khayal..hatinya berkocakkan bagai tsunami membaham Sumatera…argghhhhh..sakit lagi jari ini..pedih!!sakit! tapi bestttt......besttt gileeeeeeeee.....!!Bagai dunia terhenti seketika!”Mat ..jangan la kau lepaskan tanganmu..aku bahagia sangat….hmmmmmmmm....”getus hati Siti,jiwa melayang-layang..jasadnya bagaikan berterapungan di awan-awangan….apa tidaknya..Che Ahmad kesayangan masih memegang tangan Siti,masih mencuba untuk mencabut kaca…”ahak..”hatinya digeletek lagi..Siti membiarkan Ahmad menyentuh tangannya..”Mat engkau la lelaki pertama yang menyentuh aku…syooookkknyeeeee”Siti meroyan sorang-sorang tanpa diketahui Ahmad…Dia mencuri pandangan menatap wajah lelaki didepannya."Mat..akan aku frame kan wajah kau cantik-cantik kat dalam taman hati aku nih!"Siti menjongkitkan bahunya,hatinya berlagu riang.Tampan.Sangat sejuk hati memandang,sangat damai jiwa meniliki wajah itu dan tersangat ingin dia membelainya…………kepala Siti hanyut entah kemana.Khayal…..
“tahan skit eh Ti…abang nak cabut kaca nih..dalam nih..panjang plak tuh kaca ”Ahmad menghentikan khayalannya.
Dalam hati Siti berkata”..ambillah selama manapun masa…Bang…Siti sanggup…..lagi lama lagi best”hati nakalnya bersuara.
“Sori..abang pegang tangan nih..jangan marah eh…”Ahmad minta izin…
”Pegang la bang…aku rela…”Siti berbisik sendiri
“Siti….Tahan ye Ti..abang nak tarik kaca nih”Ahmad tetap menahan rasa loya yang bakal membuat dia pengsan.Dia menahan loyanya itu”sabar..sabar…sabar….jangan pengsan….fuhhh…sabar…..kuassaaaa tahhaaan pengggggsan….arghhh..’’Ahmad memujuk hati,menguatkan semangat.
“auchhhh…”Siti mengetap bibir kuat-kuat.matanya dipejam.sakit! Siti memejam mata,menahan sakit hirisan kaca.Tangan Siti memegang tangan Ahmad.Hampir keluar jugak air mata Siti.Tapi tidak jadi..kerana Che Ahmad yang mengubati..semua rasa sakit terubati.Ah..lega..hatinya berbisik lagi.Mereka seolah-olah duduk didalam dunia mereka sendiri.Mak Long yang lena tidak dihiraukan.
“ok..dah kuar dah….”ditunjuk kaca itu pada siti..panjang jugak kaca gelas yang telah menusukki jarinya itu.
“jom ikut abang ke sinki..”Ahmad bangun diikuti Siti..tangan Siti masih dipegang,darah keluar tidak henti.
“lain kali hati-hati la..kaca tuh tajam….”
“ Ti…nanti..tinggalkan je biar abang yang bersihkan”dihulur tangan Siti ke sinki..dibuka paip dengan curahan air yg perlahan…alahai……Siti merasakan bagai hujan membasahinya bagai bintang berkedipan di langit hati bagaikan bulan menerangi lantai cintanya…Siti dibuai lamunan…khayal….hanyut ntah kemana-mana.
‘Nah tisu”Siti tersentak,Ahmad menghulurkan tisu yang diambil diatas meja makan Mak Long...Siti bingung..bila masa pulak mamat ni pegi amik tisu….khayal….Sah!!!khayal!Tisu ditangan Ahmad diambil,sakit dijari tidak terasa..Almaklumlah Che Ahmad berada disisi...ihik..hatinya menggeli lagi..bagai digeletek.Rasa tidak mahu pulang kerumah..hampir lupa dia akan pesanan ibunya..jangan lama-lama keluar rumah.Banyak kerja rumah yang perlu dia siapkan.
‘’Alamak…”Siti bersuara.
‘’ape?’’Ahmad bingung…
“sorry bang..Ti kena balik nanti mak marah..dah lama kua nih..”
“abang tolong jaga Mak Long eh..,,sorry sangat-sangat..Siti tak leh lama..nanti mak marah.”Ahmad mengangguk faham…
“Ti…..”Siti memandang.Mata bertentangan.
“Ape, Bang?”
“Jangan lupa sapu ubat…”Ahmad memesan sambil menghadiahkan senyuman.Siti mengangguk membalas senyuman.Ahmad tidak tahu,Senyuman dia itu yang menjadi kegilaan Siti.”Cukup.hadiah paling mahal untuk aku hari ini..”kata hatinya lagi.Sah-sah juga la..tangan yg disentuh Ahmad tadi mungkin dibungkusnya,tidak mahu dibasuh.Siti…Siti…nakalnya menjadi-jadi.
“takpe Ti balik la….abang jaga Mak Long ”kata Ahmad..Siti berlalu bertempuh bahu dengan Ahmad…argghhhh..Ahmad pun satu…malu tapi seolah-olah mahu…..
Aku tak leh lama-lama kat sini..bahaya..bahaya….bisa terkeluar jantung aku nanti..cepat-cepat Siti menaiki tangga dapur menuju ke depan rumah mak Long..Dia berlalu tanpa berpaling.Siti membiarkan Ahmad menjaga Mak Long.Hampir lupa Siti menghantar kain mak long yang dipesan ibunya tadi.Sempat jugak Siti mengambil baju yang siap dijahit itu didalam bakul basikalnya yang tersembam di tanah tadi dan dihantar semula ke ruang tamu mak Long.Getus hatinya.”balik nanti aku cubalah menghubungi Yusra ataupun Jihah bagitau pasal baju dan apa yang berlaku tadi,pada mak Long Senah....”Dia turun semula dari rumah mak Long…berlalu dengan basikal merah kesayangannya itu dengan hati yang dirantai gelora cinta didada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan